Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.
Rujukan
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa:
Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.
Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment