Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Tuesday 17 January 2012

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

FAKTOR BAKA DAN PERSEKITARAN

BAKA – merujuk kepada ciri-ciri biologi,atau gen-gen yang diperturunkan melaui ibu bapa kepada anaknya.

PERSEKITARAN – merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut

Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu fakor endogen dan faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan ). Baka menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka. 

Menurut buku Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman web http://www.pts.com.my, kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu

Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu ( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Persekitaran sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu. Sebagai contoh, ibu merokok semasa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikam keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia adalah antara penyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu. Menurut model ekologiBronfenbrenner, peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam berinteraksi antara dua individu berlainan dalam satu kelompok yang sama.

Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.

Lapisan eksosistem pula menerangkan perbezaaan dengan peringkat lapisan yang lain. Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini, tetapi secara tidak langsung organisasi tersebut seperti keluarga dan saudara mara mempengaruhi perkembangan mereka.

Lapisan makrosistem pula merupakan satu konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung mikrosistem, mesosistem, dan eksosistem. . Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

Lapisan terakhir pula adalah lapisan kronosistem. Lapisan ini merupakan peringkat yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Sebagai contohnya, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga akan membawa kepada perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

CIRI-CIRI KERTAS KERJA


1)Kertas kerja hendaklah memenuhi tema dan objektif program.

2) Mempunyai semua maklumat yang lengkap.

3) Maklumat yang dinyatakan hendaklah tepat.

4) Perkara yang disampaikan hendaklah jelas.

5) Memberikan maklumat yang ringkas dan mudah difahami.

6) Penggunaan bahasa yang sopan.

7) Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi    4000 patah perkataan.

8) Jangan menggunakan singkatan dalam penulisan.

9) Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.

10) Gunakan komputer untuk menaip kertas kerja menggunakan langkau yang sesuai.  


Kejadian manusia mengikut Islam

ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI ATAS MUKA BUMI

Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.


CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA

• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.
• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.

Kejadian Manusia berdasarkan sumber Al-Quran

Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:



“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.


Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of the Foetus”.

Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh” 

Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.” 

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah” 

Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat. 

“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah” 

Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang. 

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik. 

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain” 

Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati” 

Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak. 

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.

Kejadian manusia mengikut Barat

Teori Darwin
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini.

 Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. 

Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin. 

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

perkembangan kanak-kanak


Falsafah Kejadian Manusia Mengikut Pandangan Barat

Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :

semulajadi berdosa, tabula rasa dan “innate goodness”
Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada dosa tersebut.
Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti “Blank blanket” keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep “innate goodness”. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

UNSUR-UNSUR KEJADIAN MANUSIA

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI

Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.A.W.
Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh bidang kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan agama, budaya)


Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan aspek-aspek genetik, iaitu :

Baka dan Faktor persekitaran


ASAS-ASAS GENETIK 

1. Baka Mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:

i Mental – tahap kecerdasan seseorang

ii Fizikal – warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya.

iii Emosi – temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.


2. Faktor persekitaran-Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek: 

i Latar belakang keluarga (pengasuhan dan pendidikan)

ii Pengaruh rakan sebaya (keperibadian positif)

iii Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat (pembentukan falsafah hidup)

iv Sumber teknologi (maklumat yang diperolehi)

v Guru dan sekolah (melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggunggajawab)