Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

1 VIDEO DALAM P&P
  1. Video – media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
  2. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah seperti letupan gunung berapi, bom atom dll.
  3. Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.
  4. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.
2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO
  1. Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.
  2.  Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas pita magnetik. Pada masa yg sama, bunyi yg dikesan sebagai signal elektronik melalui mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita yg sama.
  3.  Sekiranya ingin membeli camcorder, perlulah mengambil kira perkara-perkara yg berikut : 
  •  Format storan.
  • Warna dan resolusi.
  • Intensiti cahaya – kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikit untuk menghasilkan rakaman yg berkualiti.
  • Cip CCD – lagi banyak mempunyai cip CCD, semakin baik resolusi dan warna yg dapat dirakamkan.
  • Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphone dan punca kuasa luar.
3. JENIS-JENIS KAMERA VIDEO

1. Kamera Video Analog
  • Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
  • Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format seperti VHS, VHS-C, Hi 8, dan U-matic.
2. Kamera Video Digital
  •  Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
  •  Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).
  •  Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.
  • Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO
  1.  Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.
  2. Gelang Fokus – melakukan fokus secara manual.
  3. Sensor dedahan (exposure) – mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa yg sesuai dengan intensiti cahaya.
  4. Shutter – kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya, menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
  5. Butang White Balance – untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapi mungkin bukan warna asal.
  6. Alat rakam suara – untuk merakam suara semula jadi.
5 MEDAN JELAS
  1. Medan jelas – jarak di antara subjek yg kelihatan jelas.
  2. Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.
  3. Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabila memfokus subjek yg dekat.
  4. Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasan yg dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.
6. JENIS-JENIS SHOT 
  1. Full Length Shot (FLS)
  2.  Long Shot (L/S)
  3. Knee Shot (KS)
  4. Waist Shot (WS)
  5. Bust / Medium Close-up Shot
  6. Close Up Shot (C/UP)
  7. Big Close Up (BC/U)
  8. Extra Big Close Up (EBC/U)
7.  JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERA

1. Panning
  • Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.
  • Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.
2. Pergerakan Tilting
  • Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membanding beza dua objek yg berlainan saiz.
3. Pergerakan Dolly
  •  Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
4. Pergerakan Truck
  • Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
  • Biasanya, merakam objek yg bergerak @ berjalan.
8.  MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN
  1. Tetapkan tujuan dan objektif.
  2.  Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.
  3. Pilih bahan-bahan yg sesuai.
  4. Menulis skrip.
  5. Bersedia membuat penggambaran.
  6. Sediakan bahan-bahan grafik.
  7. Sediakan bahan dan peralatan.
  8. Mulakan penggambaran.
  9. Menyunting.
  10. Membuat rakaman audio.
  11. Prebiu.
  12. Gunakan dalam pengajaran.
  13. Penilaian dan penambahbaikan.
9. MENYUNTING VIDEO
  1. Teknik asas menyunting video – menggunakan hanya sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-dua perlu disambungkan dengan AV cable.
  2. Menyunting dalam kamera – shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat.
  3. Assemble editing – shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yg dikehendaki.
  4. Teknik sisipan – rakaman baru dilakukan pada pita asal.
  5. Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting.
  6. Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker - VCD Cutter v.4.04 

BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM P&P

1.Pemprosesan perkataan menggunakan menggunakan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen
  • Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).

2.Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
  • Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
  • Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.

3.Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
  • Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.
  • Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
  • Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
  • Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.

5.Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yg boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif.
  • Projek multimedia interaktif yg dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P 
  • Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.

6.Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).

7.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
  • Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.
  • Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.

8.Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat.
  • Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
  • Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia dll.

BAB 12 ISU-ISU & TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

HAK CIPTA TERPELIHARA
§ Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.
§ Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).

KESELAMATAN
§ Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara.

KERAHSIAAN
§ Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat / objek, bahan bertulis sperti peta.

KAWALAN KENDIRI
§ Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran.

TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN
§ Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan
§ Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar luar kelas formal.

PERUBAHAN DALAM PERANAN GURU
§ Sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
§ Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. - Kuliah, Perbincangan, Kuliah-Demonstrasi, Latihan, Penemuan, Projek, Persembahan Lisan, sebahagian-keseluruhan.

a) kaedah kuliah
  • Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. 

b) kaedah kuliah-demonstrasi
  • Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

TUNJANG PENDIDIKAN JASMANI

1. Kecergasan

(a) Kecergasan berasaskan kesihatan
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan

(b) Kecergasan berasaskan perlakuan
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan


2. Kemahiran
(a) Pergerakan asas
(b) Permainan
(c) Olahraga
(d) Gimnastik
(e) Pergerakan kreatif
(f) Rekreasi
(g) Kesenggangan


3. Kesukanan
(a) Keselamatan
(b) Pengurusan
(c) Kerjaya
(d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
(e) Etika

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI SEGI EMOSI

umum- pj membantu meneroka kelemahan dan kelebihan diri, memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya, menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid, dan mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.



khas-
a) menghilangkan tekanan
  •  aktiviti pj dapat menghilangkan tekanan akibat aktiviti seharian. contohnya, berlari dapat melupakan sebentar masalah yang dihadapi di kelas. mengikut model ekologi bronfenrenner manusia dipengaruhi emosi berdasarkan peringkat persekitaram. mikrosistem adalah lapisan dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.
b) meningkatkan keyakinan diri
  • aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran dapat meningkatkan keyakinan diri, keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita, seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.
c) pengaruh mental dan fizikal
  • tubuh yang sihat mempegaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik, apabila mental dan fizikal seseorang dalam keadaan yang baik maka emosi juga akan menjadi terkawal.
d) pengaruh sosial
  • sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik, bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktivti akan mempengaruhi kawalan emosi kita.
e) memenuhi kehendak lahiriah
  • fitrah manusia terutama kanak-kanak suka bermain terutama berbentuk hiburan dan sosial, melalui pj dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya mengalakkan perkembangan emosi yang positif, ekpresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, sedih dan lain-lain, kehebatandan kesensitifan perasan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu satu cara kita menyampaikan perasaan, dan perasaan2 yang kuat ini akan mempegaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

PERSEKITARAN BUDAYA DAN TEMPAT PJ

(kebersihan, keselamatan, gaya hidup sihat, penglibatan murid, interaksi, dan penyimpanan).

a) kebersihan- murid selesa untuk menjalani aktitiviti pj dan menjaga kesihatan murid.
b) gaya hidup sihat- mengamalkan gaya hidup sihat, menjauhi aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah, dan menjauhi tingkah laku berisiko yang membawa kepada stress.
c) penglibatan murid- murid perlu terlibat secara aktif dan selamat, menghayati ilmu yang telah dipelajari, dan membina budaya pembelajaran murid dalam pj.
d) keselamatan- kawasan persekitaran yang selamat, tempat yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh murid, dan keadaan selamat meningkatkan keyakinan murid dalam melakukan aktiviti.
e) interaksi- komunikasi 2 hala di antara murid dengan guru, interaksi kreatif, murid dapat menikmati proses p&p dengan lebih seronok, dan interaksi murid dengan murid.
f) penyimpanan rekod- bukti menjalankan proses p&p, alat penilaian untuk memerhatikan kemajuan dan perkembangan murid, dan mengetahui kemampuan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI

         Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

         Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahirandan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

         Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan

BIDANG-BIDANG UJIAN DAN PENGUKURAN & PENILAIAN PJ

UJIAN FIZIKAL

1. Penilaian berkaitan dengan anatomi sesorang

2. Contoh

– Berat jisim badan

– Peratusan kandungan lemak

– Kekuatan otot murid.


MOTOR

1. Penilaian kualiti sesuatu pergerakan atau perlakuan akvividu

2. Contoh otot kecil semasa bermaian piano.

3. Penilaian kualiti sesuatu pergerakan atau perlakuan akvividu

4. Contoh otot kecil semasa bermaian piano.


PERMAINAN

1. Kemuncak kemajuan psikomotor

2. Permainan yang baik memerlukan

– Kekuatan fizikal

– Kemahiran motor

– Kecergasan yang baik.

1. Bermainan satu permainan….

– Latihan yang kerap

JENIS PENILAIAN PJ

PENILAIAN FOMATIF

1. Kenalpasti perkembangan selepas pengajaran.

2. Bantu guru bimbing pelajar atau pelajar ketinggalan.

3. Menjelaskan onjektif tercapai atau tidak

4. Bola sepak kemahiran tandangan ,menguji latihan asas diberi, jika puas hari ke kamahiran yang lebih lanjut sebaliknya latihan tubi digunakan.

5. Rujukan kriteria biasa digunakan dalam penailian ini.


PENILAIAN SUMATIF

1. Akhir aktiviti atau pengajaran

2. Sekolah akir bulan atau semester

3. Mengetahui tahap pencapian atau pengusaan

4. Bentuk markah , pangkat atau gred

5. Ujian rujukan kreteria dan norma digunakan.

6. Hoki semua kemahikran didedahkan, penilian melalui satu perlawanan atau pengusaan kemahiran permainan, satu gred atau tahap diberikan.

KAEDAH/ GAYA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

  • gaya langsung (arahan, tugasan, latihan, bertindak balas, semakan kendiri, inklusif)
  • gaya gabungan/ limitasi
  • gaya tidak langsung (penemuan terbimbing, penemuan memusat, penghasilan mencapah, program individu, )
a) gaya langsung
  • berpusatkan guru, berdasarkan teori behaviorisme, guru dianggap ada pengetahuan tentang kemhiran yang bakal dilakukan.
  • kelebihan= fokus kepada pelajaran, berstruktur, jimat masa, anggap semua pelajar sama, kurang salah faham berkaitan tajuk, pelajar tahu apa yang dipelajari, kaedah yang berkesan
  • kelemahan= mementingkan matlamat dan belakangkan proses, tidak anjal, anggap semua individu sama dari segi tahap perkembangan tanpa perbezaan individu, tidak memberi peluang pelajar meluahkan pemikiran, cara yang tetap dalam mencapai matlamat.
b) gaya tidak langsung
  • berpusatkan murid, memcapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri, anggap pembelajaran sebagai peniruan, pengulangan perlakuan betul, pembelajaran melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.
  • ikut teori pembelajaran kognitif= pembelajaran berlaku sebagai proses yang berlaku dari dalam ke luar (proses dan hasil sama penting)
  • kelebihan= fokus individu melakukan aktiviti, ambil kira perbezaan individu, beri peluang pelajar menetapkan cara proses mencapai matlamat, beri peluang pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran, pelajar boleh merasai kejayaan, kejayaan ikut kemampuan, guru pemudah cara.
  • kelemahan= guru mesti ada kemahiran pemudah cara yang baik, guru mesti sabar, tanpa kawala mungkin masa menjadi lama, sukar mengawal kelas, sukar memastikan kesinambungan tajuk pembelajaran.

. KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

a) kaedah tradisional
  • tugasan membaca, kuliah, mengucap kuat, tumpuan kepada perbendaharaan, laporan secara lisan, mengkaji semula, ujian kuiz dan peperiksaan, belajar sendiri
b) kaedah penyelesaian masalah
  • projek, tinjauan, penyelidikan/penjajahan, tunjauk cara/demonstrasi, kelab kesihatan, lawatan
c) kaedah kumpulan
  • perbincangan-berkumpulan, kuliah perbincangan, main peranan/sosiodrama, sessi 'Buzz', sumbangsaran, kempen-kempen kesihatan, wawancara, konferen, kaunseling individu
  • *sosiodrama- lakonan spontan
  • *sessi buzz- sesi perbincangan
d) penggunaan pakar dan individu terpilih
  • penceramah luar, simposium dan forum, perbincangan panel, perbahasan
e) aktiviti-aktiviti kreatif
  • dramatizations-mengubah cerita menjadi drama, sketsa-lakonan pendek lucu, bercerita, permainan pendidikan
  • *dramatizations- memberi peluang murid meluahkan perasaan dalam lakonan.

STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

a) pengajaran stesen
  • diaplikasi bila peralatan terhad, ruang aktiviti terhad, aktiviti setiap stesen adalah sama, bilangan setiap stesen adalah sama
  • pelajar dipecah, dapat kad arahan, isyarat pertukaran stesen dibunyikan, pusingan ikut jam, stesen ikut jumlah alatan dan ruang cth antara 4 atau 5 stesen
b) pembelajaran kooperatif
  • pupuk kemahiran sosial, tingkat keyakinan esteem diri, memajukan kemahiran kognitif dan afektif, wujudkn suasana kelas yang kondusif
  • kumpulan terdiri daripada=jantina sama atau campur, pelbagai kaum, pelbagai kebolehan
  • satu tugasan setiap kumpulan untuk diselesaikan bersama, setiap ahli ada tugas khas.

STAIL PENGAJARAN PJ

a) arahan
  • pengajaran terhad, peringkat permulaan pengajaran, mengutamakan keselamatan, tanggungjawab sepenuhnya kepada guru
  • berpusat guru, ikut arahan guru, demonstrasi oleh guru
b) latihan
  • masa terhad, peringkat permulaan pengajaran, tanam sifat tanggungjawab, lebih masa latihan
  • guru tentu pengajaran, demonstrasi oleh guru, pelajar melakukan aktiviti yang telah ditetapkan ikut masa 
c) timbal balik
  •  tanggungjawab guru pada permulaan pengajaran, secara berpasangan, tanggugjawab pelajar dalam menilai, senarai semak disediakan guru, guru memerhati murid.
  • guru tentu pelajaran, guru tentu kriteria, guru beri penerangan awal, guru uji kefahaman dengan demonstrasi.
d) semakan kendiri
  • untuk lakuan yang senang dikenal pasti, pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran, interaksi terhad
  • guru tentu pelajaran, guru tentu kriteria, guru beri penerangan awal, pelajar menilai diri sendiri.
e) inklusif
  • pelajar berpeluang untuk berjaya, pelajar tidak ketinggalan walaupun berbeza kebolehan, pelajar buat keputusan
  • guru tentu pengajaran, guru tentu kriteria, guru beri peluang pelajar memilih pembelajaran ikut kemampuan
  • contoh , murid dapat memilih aktiviti sama ada bangkit tubi, tekan tubi, ataupun lain-lain yang telah disediakan.
f) penemuan terbimbing
  • guru merancang pembelajaran, guru menetapkan tugasan dan menyediakan soalan yang bertututan dan menjurus satu jawapan, guru beri masa untuk pelajar berfikir, guru ubah soalan jika tidak pelajar tidak dapat menjawab
  • pelajar jawap soalan, pelajar melakukan tugasan ikut soalan.
g) penemuan berpusat
  • guru sedia tugasan, tidak ada bimbingan guru, guru tetapkan tugasan, pelajar cari jawapn dengan pelbagai cara
h) penghasilan mencapah
  • tugasan diberi, banyak cara penyelesaian, untuk pembagunan pasukan
  • guru tetap tugasan yang mempunyai banyak jawapan, guru dorong pelajar menilai jawapan dan buat perbandingan
  • pelajar cara jawpan pelbagai, pelajar menilai jawapan yang ada.
i) program pembelajaran individu
  • tugasan dan masalah ditetapkan pelajar, tidak popular di sekolah,
  • guru hanya membantu menetapkan tugasan am, guru hanya memantau proses
  • pelajar tetap program pembelajaran, pelajar tetapkan tugasan, masalah dan penyelesaian.
j) ikhtiar pembelajaran
  • tugasan ditetapkan pembelajar, pembelajaran ditetapkan individu, guru hanya memantau
  • pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan pembelajaran, pelajar memilih gaya pembelajaran sendiri
k) pengajaran kendiri
  • semua ditetapkan pelajar, tidak ada bantuan guru, guru pemerhati sahaja, pelajar tetapkan pelajaran, pelajar tetap pendekatan.

EMPAT PRINSIP PERKEMBANGAN KURIKULUM PJ

1.  Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope)dan turutan (sequencing).

  • Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 – 6.
  • Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah “intra” dan “inter”. “intra” ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala “inter” pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik.
  • Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid.
  •  Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.