Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Friday 20 July 2012

Aktiviti Pratulisan

AKTIVITI PRATULISAN

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:


a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.

d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.



Strategi pengajaran pratulisan

Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.


a. Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:

i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

 ii.Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.

 iii.Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.


iv.Menggenggam dan merasa bola.

 v.Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.

vi.Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.

vii.Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii.Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.

ix.Membuka tali kasut dan mengikat semula.


b. Latihan bagi mata
Murid dikehendaki:

i.Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

ii.Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.

iii.Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.

iv.Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.

v.Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

vi.Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.


c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:

 i.Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
ii.Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.

iii.Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.

iv.Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

v.Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.

vi.Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.

vii.Mencantum arah jalan atau aliran sungai.

viii.Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.

ix.Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

x.Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.

xi.Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.

xii.Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya










KAEDAH ABJAD
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.

2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.

3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.

5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.

6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.

7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.

8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.


Membaca dengan kaedah fonik

Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf.

Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u.
Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru.

Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf ‘u’ dengan bunyi u(muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak.

Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan seperti ‘ali lari cari ubi.’Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak berikhtiar untuk mempraktikkan bacaan.

Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak.

Fonik mesti diajar dalam cara yang membenarkan kanak-kanak boleh menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali bunyi baru diajar, mereka patut diberi bahan bacaan terpilih sebagai pengukuhan.

Kanak-kanak tidak mampu membaca tanpa pengetahuan yang baik dalam fonik. Jika mereka tahu peraturan-peraturan fonik, sudah pasti mereka dapat membaca dengan lancar.

KAEDAH FONIK

1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.

2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.

3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.

4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.
CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN – KOMPONEN PENGAMATAN
Penglihatan

1. Diskriminasi
- Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

2. Ingat Kembali
- Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

3. Orientasi Kedudukan
- Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

4. Turutan
- Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

5. Menyudah atau Melengkapkan
- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau ayat.

6. Menyalin
- Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

7. Rajah Latar Belakang
- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

8. Koordinasi Motor
- Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

9. Pertalian Jarak (Ruang)
- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

11. Gambar Bersiri 
- Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah 

13. Benda Tersembunyi 
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.


Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran berpunca daripada kecacatan organisma telinga.


Taktil dan Kinestetik


Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi pergerakan tubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala psikomotor merujuk kepada lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominan ialah penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Bahagian ini pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota (bahagian kiri otak akan menguasai bahagian kanan anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan dominan ada kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. 

KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN


Jenis-Jenis Pengamatan

Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah yang menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balas dengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar. Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran) dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yang sama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati atau semula jadi.

KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

i. Penglihatan (Janet W Learner – Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

ii. Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 – Keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).

iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).

Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

“…. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader …..” Fred.J. Schnell dalam bukunya “ Backwardness in Basic Subjects”.

Dari kata-kata di atas bererti bahawa “hanya orang yang mempunyai pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”.Kita sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut.

KEPENTINGAN PENGAMATAN DALAM PEMBELAJARAN

1. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.

2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.

3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat memastikan nombor tersebut betul

4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

6. Ruth Strang - “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.

7. Janet W. Learner (1971) - Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

Cara kanak-kanak Mengamati

Definisi Pengamatan 

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.

Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.



BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI



Kanak-kanak menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian, dia mula melihat dengan menggunakan kedua-dua belah matanya.

Pada akhir bulan kedua kanak-kanak ini sudah boleh menghalakan perhatiannya secara langsung kepada objek yang ada di hadapannya. Apabila objek itu bergerak dari sebelah ke sebelah, pergerakan mata bayi itu juga akan mengikutinya.



Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan tidak dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam lagi.

Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan sesuatu benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang dilihatnya itu boleh dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat -peringkat.

Mula-mula ia faham tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian apabila kanak-kanak itu hampir berumur satu tahun dia mula menyedari tentang setiap benda mempunyai identitnya yang sendiri.

Dia akan faham walaupun satu benda yang sama jenis seperti bola umpamanya, apabila diamati ia akan terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya

Aktiviti Pengamatan

TAKRIF PENGAMATAN
Pengamatan bermaksud satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman yang lalu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita. Kamus Dewan (1998) mentakrifkan pengamatan sebagai proses pengawasan atau penelitian. Pengamatan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan persepsi (perception), iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) atau tanggapan. Proses pengamatan merangkumi tiga peringkat, iaitu proses penerimaan, pemprosesan data dan proses tindak balas.

Konsep Pengamatan
Janet W. Learner (1971) dalam bukunya berjudul ‘Children With Learning Disabilities’ berpendapat, pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Proses pengamatan bermula apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata (melihat), telinga (mendengar), hidung (menghidu), lidah (merasa) atau kulit (menyentuh). Hal ini bermakna, pengamatan merupakan satu proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat. Gangguan yang dialami boleh menjejaskan pengamatan daripada aspek mengingat kembali, mendiskriminasikan, memahami konsep dan lain-lain kemahiran pengamatan.

Ciri-ciri Murid yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Terdapat 13 ciri yang menggambarkan seseorang murid itu sedang mengalami kesukaran pengamatan, iaitu: 
(a) Lambat membuat pengolahan seperti mengelaskan himpunan ikut jenisnya.
(b) Sukar kaitkan perkara yang diketahui dengan situasi baharu.
(c) Cepat lupa dan memerlukan aktiviti ulangan yang lebih kerap.
(d) Kecenderungan ke arah tindakan terburu-buru dan tanpa berfikir.
(e) Lemah koordinasi motor, iaitu antara mata dengan tangan.
(f) Tidak mampu membuat keputusan secara am.
(g) Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan kerana
kesukaran menyesuaikan diri dalam kumpulan.
(h) Sukar dan tidak mahir dalam melaksanakan kerja kreatif.
(i) Mengharapkan orang lain semasa membuat keputusan.
(j) Banyak menghafal tetapi tidak faham maksud yang dihafal.
(k) Terlalu lama berfikir sebelum membuat sesuatu.
(l) Kurang sifat bekerjasama.
(m) Sering melanggar peralatan di dalam bilik darjah.
(n) Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

Punca-punca Kelemahan Pengamatan
Ada dua faktor punca kelemahan pengamatan, iaitu faktor dalaman (internal) 
dan faktor luaran (external) 

(a) Faktor internal 
Internal bermaksud ‘dalaman’ iaitu faktor kelemahan yang berpunca daripada beberapa kelemahan dalam diri sendiri. Ada tiga faktor yang menjadi punca kepada kelemahan pengamatan dalaman, iaitu:
(i) Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak
(ii) Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan penglihatan
(iii) Kerosakan pendengaran dan penglihatan

(b) Faktor external 
External bermaksud ‘luaran’ dan ada dua faktor yang menjadi punca kepada kelemahan pengamatan, iaitu: 
(i) Kurang pendedahan
(ii) Kurang rangsangan 

Ciri-ciri Kesukaran dalam Pengamatan Penglihatan
Kesukaran pengamatan merupakan kepayahan mengenal pasti maklumat daripada tindak balas panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Setelah ujian pengamatan dilaksanakan, ada 13 ciri kesukaran yang telah dikenal pasti, iaitu: 

1 Diskriminasi 
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, diskriminasi pengamatan mengandungi dua jenis, iaitu diskriminasi persamaan dan diskriminasi perbezaan atau ganjil. Kesukaran dalam aspek diskriminasi berlaku apabila berlakunya ketidakbolehan murid-murid untuk membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan. 

2 Ingat kembali 
Ketidakbolehan mengingat kembali merujuk kepada kesukaran murid untuk mengingat dan menyebut semula nama bahan maujud yang dilonggokkan dengan jumlah yang banyak atau menyebut nama bentuk pada kad imbasan yang telah diamati dalam tempoh yang singkat. 

3 Orientasi kedudukan 
Kad imbasan yang mengandungi susunan beberapa keping gambar yang mempunyai sifat yang sama tetapi satu daripadanya berbeza kedudukan. Murid perlu mengesan gambar berkenaan yang kedudukannya berbeza atau ganjil. Kesukaran dikesan apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk membezakan kedudukan gambar berkenaan atau bentuk, huruf dan nombor yang ditunjukkan kepadanya. 

4 Turutan 
Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk mengingat sesuatu mengikut susunan seperti susunan gambar atau beberapa huruf dalam perkataan. 

5 Menyudahkan dan melengkapkan 
Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya mampu menyudahkan dan melengkapkan gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. Contohnya aktiviti memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang dipisahkan. Kesukaran komponen dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. 

6 Menyalin 
Tujuan aktiviti menyalin adalah untuk melatih murid supaya dapat menghasilkan apa jua yang telah dilihat. Walau bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan ini terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat. 

7 Rajah latar belakang 
Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak. Contohnya aktiviti mengesan bentuk geometri yang disusun secara berlapis. Murid yang mempunyai pengamatan penglihatan yang baik akan dapat mengesan bentuk geometri secara berasingan. Walau bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan mereka menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah. 

8 Koordinasi tangan dan mata 
Tujuan aktiviti ini adalah melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor–mata–tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan seperti pergerakan tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini. 

9 Pertalian jarak 
Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Penggunaan kad imbasan bertitik melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. 

10 Gambar bersiri 
Penggunaan filem pendek dapat membantu murid-murid menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan rangsangan yang ditayangkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, kesukaran komponen pengamatan boleh terjadi apabila murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain secara berkesan. 

11 Pembalikan 
Ketidakbolehan murid membezakan bentuk asal sesuatu gambar, bentuk, huruf, nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran komponen pengamatan berlaku. 

12 Mencari jalan keluar 
Aktiviti ini juga dikenali sebagai Mazing Games. Tujuan aktiviti adalah melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. Kesukaran dalam komponen pengamatan berlaku apabila berlakunya ketidakbolehan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

13 Benda tersembunyi 
Tujuan aktiviti adalah melatih murid untuk menyelesaikan masalah dan berfikir. Walau bagaimanapun kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak. 

Langkah Menangani Kesukaran Komponen Pengamatan 1
1 Penggunaan bahan maujud 
Benda maujud bermaksud benda yang benar-benar ada, nyata, dapat dilihat dan dipegang, iaitu lawan kepada khayalan dan fikiran. Keistimewaan menggunakan benda maujud ialah murid-murid dapat memegang, merasa dan menyentuh objek berkenaan. Contohnya bola, buku, pensel, topi, beg dan sebagainya. 

2 Mempelbagaikan kaedah pengajaran 
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat mengelakkan pembelajaran murid menjadi cepat bosan. Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran boleh dijalankan oleh guru seperti melaksanakan pengajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kaedah mengajar individu melibatkan seorang guru dan seorang murid. Pengajaran jenis ini amat sesuai untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas. 

Lazimnya di dalam sebuah bilik darjah mempunyai murid yang berbagai-bagai-bagai kebolehan dan keupayaan dan kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil murid sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu untuk mengembangkan kebolehan individu. Sebelum melaksanakannya, guru harus mengenal potensi murid-murid, mengenal pasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran berasaskan kebolehan individu. 

Pengajaran secara berpasangan pula hanya melibatkan dua orang sahaja sama ada murid pandai mengajar murid lemah atau murid lemah menerima pengajaran guru secara berpasangan. Manakala pengajaran secara berkumpulan pula menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid, di mana murid-murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan. Cara ini dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Guru boleh melaksanakan dua cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan yang sama manakala cara kedua pelbagai pencapaian. 

3 Memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan 
Memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan. Latihan ini boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk, pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk mengingat secara kekal dan lama. 

Contoh Aktiviti Kesediaan Membaca

Jika anda tiada idea untuk membeli bahan bacaan, ini adalah salah satu contoh bahan bacaan yang menarik yang anda boleh beli bagi menggalakkan anak-anak membaca. Bahan begini digunakan oleh guru2 terutamanya guru2 Pendidikan Khas bagi merangsang minat dan deria untuk membaca. Jika kreatif anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Konsep Kesediaan Membaca


1. Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

2. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas

a. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

b. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita.

c. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

d. Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun.

3. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama

4. Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran Membaca (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.”

5. Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu.

6. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza.

7. Dengan berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah.


Prabacaan


Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).
Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:
Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.
Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).
Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman).Kaedah inijuga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.
Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya:
Ini meja
Ini kerusi
Itu buku
Itu bola
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:
Ini meja saya
Ini kerusi guru
Itu buku saya
Itu bola Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.
Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI SERANGAN DAN KAWASAN 'NYAM LI'




PENGENALAN

      Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

            Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.
             Permainan kecil adalah suatu bentuk permainan yang tidak mempunyai peraturan baku, baik mengenai peraturan permainannya, alat-alat yang digunakan, ukuran lapangan, maupun lama permainannya. Hal ini dapat disesuaikan dengan keadaan atau situasi. Disamping itu belum mempunyai induk organisasi baik yang bersifat nasional maupun internasional.

SINOPSIS PERMAINAN

            Permainan kanak-kanak ini merupakan permainan permainan yang memerlukan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor.Antara pergerakan asas yang mungkin terlibat adalah seperti berlari,melompat, berdiri, dan berjalan.Mungkin pelbagai pergerakan asas lagi yang boleh diterjemahkan dalam permainan ini. Permainan kanak-kanak ini memerlukan murid-murid mengatur strategi,megelola dan membuat keputusan yang cepat iaitu menguji murid bertindak pantas semasa bermain. Disamping itu, permainan ini dapat menghiburkan kanak-kanak dan kanak-kanak perlu menggunakan pemikiran atau kognitif mereka untuk mengatur strategi. Permainan ini juga memerlukan kerjasama berpasukan untuk mengatur strategi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut rakan-rakan perlu melihat dengan lebih terperinci di bawah ini.



1.0         TAJUK       
 “Nyam Li”  Permainan Kategori Serangan / Kawasan.


2.0       MATLAMAT
Pelajar perlu mengatur strategi, mengelola dan membuat  keputusan yang tepat
semasa bermain.



3.0       OBJEKTIF
             1.   Permainan ini menghiburkan kanak – kanak.
             2.   Permainan ini boleh menguji pemain supaya bertindak pantas.
             3.   Menanam semangat kerjasama dan bertanggungjawab semasa bermain.



4.0       TEMPAT
Dimainkan di kawasan yang lapang ataupun padang . Had kawasan  permainan mengikut jumlah pemain dan pengelola pertandingan.


5.0        PANDUAN PERLAKSANAAN PERMAINAN.   


             


5.1       Senarai alatan.
             Pundi kacang.
             Bola.
             Wisel
             Kon 6
             Kertas Majung.
             Pen.
             Bendera merah dan Putih.
             Jam Randik

  
5.2       Prosedur perlaksanaan permainan.

Terdapat 15 orang pemain (terbahagi kepada 3 kumpulan setiap kumpulan 5 orang). Undian dilakukan bagi menentukan kumpulan mana yang akan menjadi ‘Nyam Li’. Cara undian yang dicadangkan untuk dilakukan ialah dengan menggunakan kaedah lambung pundi kacang kebelakang.Kumpulan yang membaling pundi kacang denga jarak yang paling dekat akan ditetapkan sebagai ‘Nyam Li  

1.   ‘Nyam li” akan melompat perlahan – lahan ke hadapan. Biasanya pemain ini melompat
       setapak demi setapak. Pemain – pemain lain mengekorinya dari belakang .Pemain 
       perlulah berhati – hati semasa mengikuti “Nyam Li”
2.    Sambil mengikuti “Nyam Li” , pemain – pemain lain akan bertanya kepada ‘Nyam Li’
       “Nyam,Nyam Li mintak bola bagi guli …”
3.    Setiap kali ditanya, ‘Nyam Li’  akan menjawab, “ Bola kami!” pemain – pemain akan terus     
       bertanya hinggalah ‘Nyam Li’ menjawab “ Tangkap sekarang! ”.Sekali – sekala ‘Nyam Li’ 
       akan mengacah atau mengacau pemain – pemain. Biasanya pemain – pemain akan  
       terkejut.
4.    Sebaik sahaja ‘Nyam Li’ menjawab “ Sekarang,” ‘Nyam Li’ akan mengejar dan cuba
       membaling bola kearah kaki semua pemain. Pemain – pemain segera berlari di dalam
       kawasan yang ditetapkan dan cuba mengelak serangan yang dilakukan oleh ‘Nyam Li’.
5.    Mana – mana pemain yang berjaya ditangkap dan di baling oleh ‘Nyam Li’ dalam 1 minit
       akan keluar dari kawasan yang ditetapkan . Permainan akan dijalankan dari mula semula
       dengan pemain kedua dari kumpulan ‘Nyam Li’. Jika ‘Nyam Li’ tidak berjaya menangkap
       mana – mana pemain dalam masa satu minit ahli kumpulan ‘Nyam Li’ tidak dapat markah.
6.    Permainan boleh diberhentikan sehingga ketiga-tiga kumpulan menjadi ‘Nyam Li’.  


 5.3       Pelan kedudukan pelaksanaan permainan.


 5.4       Peraturan dan Syarat Permainan

1.    Permainan dimulakan dari garisan permulaan. Garisan ini akan ditetapkan oleh pengelola 
       pertandingan.
2.    ‘Nyam Li’  akan mendapat markah bonus sekiranya  pemain – pemain yang telah
        melanggar peraturan iaitu terkeluar daripada garisan yang ditetapkan semasa bermain.
3.    Sekiranya ‘Nyam Li’ melanggar peraturan iaitu terkeluar daripada kawasan serangan, 2
        markah akan dipotong .
4.    Pemain – pemain tidak boleh mengikuti ‘Nyam Li’ dari jarak yang terlalu jauh.
5.    ‘Nyam Li’ hanya boleh mengejar dan membaling pemain – pemain dengan cara pemukul
         bola dengan menggunakan batang pemukul  , setelah menyebut “ sekarang” secara
         mengejut.
6.    Pemain yang berjaya dibaling oleh ‘Nyam Li’ akan keluar dari kawasan itu. mereka
       ditempatkan di satu tempat yang dikhas oleh penganjur.
7.    Jika ‘Nyam Li’ tidak berjaya menangkap atau membaling bola terkena kepada mana –
       mana pemain, dalam masa satu minit ahli kumpulan ‘Nyam Li’ tidak dapat markah.
8.    Jika ‘Nyam Li’ berjaya menangkap dan membaling mana-mana pemain kumpulan itu
       mendapat setiap penangkapan 2 markah.
9.    Bola yang diperuntukkan kepada ‘Nyam Li’ hanya 2 biji bola sahaja.
     10.   Pemain – pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.


5.5       Permarkahan

      1.    Kumpulan akan dibahagikan kepada 3 dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. 
      2.    Kumpulan pertama akan menjadi ‘Nyam Li’ (kumpulan serangan) manakala dua kumpulan
            lagi menjadi pemain.(mangsa).
      3.    Setiap kumpulan diperuntukan 5 minit  untuk bermain.  Setiap ahli akan menjadi sebagai
           ‘Nyam Li’ dan diberi 1minit untuk menyerang.
      4.     Markahnya akan dikira sekiranya ‘Nyam Li’ berjaya membaling mangsa. Setiap serangan
            akan diberi 2 markah.
      5.     Permainan ini akan dimain secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.
      6.   Setiap kumpulan wajib menjadi sebagai ‘Nyam Li’ dan mengambil bahagian menjadi
            sebagai pemain.
       7.    Kalau ‘Nyam Li’  terkeluar dari kawasan serangan, 2 markah akan dipotong.


6.0   PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK.                 
         (Senarai semak sebelum, semasa dan  pelaksanaan permainan)


6.1   Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan Permainan

1.    Memastikan keadaan kesihatan pelajar.
2.    Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai.
3.    Memastikan pelajar berdiri di tempat yang selesa.
4.    Memastikan pelajar memanaskan badan.
5.    Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul.
6.    Memastikan pelajar berada dalam keadaan terkawal.
7.    Penyediaan alatan.
8.    Penyemakan alatan.
9.     Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal.
10. Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan.
11. Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
12. Memastikan bahawa guru menjalankan demonstrasi permainan.


6.2   Senarai semak semasa pelaksanaan permainan

1.    Memberi taklimat tentang permainan yang akan dijalankan.
2.    Memastikan pelajar-pelajar memahami taklimat yang diberikan.
3.    Membuat demonstrasi permainan itu.
4.    Memastikan pelajar menjalankan permainan itu dengan cara yang betul dan selamat.
5.    Memastikan semua pelajar mempunyai peluang untuk bermain.
6.    Memastikan semua pelajar mengambil bahagian.
7.   Memastikan pelajar dapat melakukan pergerakkan-pergerakkan lokomotor dalam
     permainan ini.
8.   Memastikan pelajar dapat melakukan pergerakkan-pergerakkan bukan lokomotor dalam
     permainan ini.
9.    Semua alatan dalam sususan yang betul dan sesuai.
10. Amalan nilai murni antara pelajar.
11. Memastikan keselamatan pelajar dijaga semasa permainan
12. Penglibatan aktif di kalangan murid.
13. Semua murid mematuhi arahan.
14. Memberi tunjuk ajar dan ulangan kepada murid yang melakuan cara yang salah.


6.3       Senarai Semak Selepas Pelaksanaan Permainan

1.    Penyemakan alatan.
2.    Membuat ”cooling down”.
3.    Semua alatan dalam keadaan baik.
4.    Semua alatan disimpan balik ke dalam setor.
5.    Semua murid sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
6.    Aktiviti menyejukkan badan dijalankan.
7.    Menanya refleksi murid.
8.    Memberi peneguhan kepada murid.
9.    Semua murid beratur dalam barisan.


11.0    Rumusan

   Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak kecil.Permainan kanak-kanak biasanya dimainkan oleh beberapa kanak-kanak di kawasan perumahan atau kampung pada masa lapang.Permainan-permainan begini perlu dimainkan selalu supaya badan sihat dan mengisi masa lapang dengan
penuh faedah.

   Permainan ini berpandukan kepada kaedah serangan/kawasan . kedua- dua pihak akan sentiasa berwaspada kerana pihak penyerang akan menumpukan perhatian untuk menyerang mangsa mengikut kemampuan mereka manakala pihak pemain pula akan mengelakkan diri daripada serangan untuk menyelamatkan diri. Tambahan pula permainan ini juga merangsangkan pemikiran kedua-dua pihak.