Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 30 June 2013

Domain Dalam Teknologi Pendidikan

Melalui 2 fasa, iaitu:
Fasa pertama: Tahun 1977
Fasa kedua: Tahun 1994


1. Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama:

Fungsi Pengurusan Pengajaran:
  • Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan, iaitu:
    •  Mengarah
    • Menyelaras
    • Mengawal fungsi
Fungsi Pengembangan Pengajaran:
  • Peringkat penyelidikan 
  • Peringkat mereka bentuk pengajaran
  • Peringkat penerbitan
  • Peringkat penilaian dan pemilihan
  • Peringkat penggunaan
  • Peringkat logistik
Fungsi Sumber Pembelajaran:
  • Mesej
  • Manusia
  • Peralatan
  • Teknik
  • Lokasi
2. Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua:
  • Rekabentuk
  • Pembangunan
  • Penggunaan
  • Pengurusan
  • Penilaian
REKABENTUK
  • RB Sistem Pengajaran
  • RB Mesej
  • Strategi Pengajaran
  • Ciri-ciri Pelajar
PEMBANGUNAN
  • Teknologi Percetakan
  • Teknologi Audiovisual
  • Teknologi Berasaskan Komputer
  • Teknologi Bersepadu
PENGGUNAAN
  • Penggunaan Media
  • Inovasi
  • Pelaksanaan
  • Polisi dan Peraturan
PENGURUSAN
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Sumber
  • Pengurusan Sistem Penyampaian
  • Pengurusan Maklumat
PENILAIAN
  • Analisis Masalah
  • Pengukuran Rujukan
  • Kriteria
  • Penilaian Formatif
  • Penilaian Sumatif
Kesimpulan:
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Konsep Teknologi

Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

  1. Pengenalan Saintifik- Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu prinsip.
  2. Pengetahuan Lain Yang Tersusun- Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.

Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Pengajaran – proses ajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar.
• Pembelajaran – proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

Definisi Teknologi Pendidikan

Definisi :
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran”. untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988):

Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara


Definisi :
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" . (Crowell (1971):Encyclopedia of education)


Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994:
AECT: The mission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings.

Goals: 
  1. Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology.
  2. Serve and represent professionals in the field and support professional growth.
  3. Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field.
  4. Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international.
  5. “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.
Seels & Reechy (1994):
“Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”.

Reka Bentuk

Reka Bentuk
  1. sebagai susunan bahan-bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak.
  2. produk tersebut mungkin bernilai komersial dan berpotensi dipasarkan.
  3. reka bentuk yang baik akan menjadi persekitaran lebih menarik dan kehidupan menjadi lebih mudah dan selesa.
Contoh-Contoh Produk Reka Bentuk
  1. basikal elektrik, periuk elektrik, dan lain-lain.
Teknologi
  1. penghasilan dan pengetahuan manusia dalam usaha mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan.
  2. teknologi membolehkan pelbagai jenis alat, jentera dan bangunan dicipta supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa, mudah, selamat, cekap, dan produktif.
Faktor-Faktor Reka Bentuk
  1. Faktor utama yang mempengaruhi reka bentuk ialah:
    • fungsi
    • rupa bentuk
    • kesesuaian bahan
    • kaedah pembinaan
    • ketahanan
    • kos
    • kemasan
    • keselamatan
    • nilai komersial
Jenis-Jenis Bahan
  1. kayu: keras, sederhana, lembut, buatan.
  2. Logam: berferus, bukan berferus
  3. Plastik: thermo, polimer, akrilik, asetal, polivinil klorida (PVC).
  4. Kaca: pasir, hablur, berselikat, flin.
  5. Gentian kaca
  6. Komposit: kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah.
  7. Kertas: bahan terdiri daripada kulit kayu dan tumbuhan
  8. Getah: gasli, tiruan
  9. Fabrik: asli, tiruan
Kayu
  1. keras: cengal, merbau, jati, meranti, balau.
  2. sederhana: merawan, kapur, keruing.
  3. lembut: jelutung, pine, jenis konifer
Jenis Kayu
  1. papan tebal
  2. papan nipis
  3. kayu beronti
  4. kayu jerjak
Kayu Buatan/ Olahan
  1. papan lapis-biasa, marine (kalis air)
  2. MDF (medium density fibreboard)
  3. HDF (high density fibreboard)
  4. mounting board
Logam
  1. berferus:
    • keluli lembut, keluli keras, keluli tanpa karat, kepingan zink, plat timah, besi bergalvani, besi tuang, besi aloi.
  2. bukan berferus:
    • aluminium, tembaga, zink, timah, loyang, gangsa, piuter.
Keluli Lembut
  1. daripada campuran besi dan karbon
  2. didapati dalam pelbagai bentuk kepingan, batang padat, batang berongga, dawai
  3. saiz:
    • 610cmx15.3com
    • 610cmx 91.5cm
Plat Timah
  1. daripada kepingan keluli lembut dan sadur dengan timah.
  2. sifat-sifat utama:
    • ringan, berkilat, licin, tahan hakisan air dan udara, mudah dipateri.
Besi Bergalvani
  1. daripada keluli lembut yang disadur dengan zink.
  2. sifat-sifat utama:
    • lebih berat daripada kepingan timah, permukaan berhablur, licin.
  3. tidak sesuai digunakan untuk bekas makanan
  4. tidak mudah berkarat
Aluminium
  1. didapati dalam bentuk kepingan, batang 
  2. saiz biasa:
    • 122cm x 224cm, 91cm x 183cm
Bahan Komposit
  1. Kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah.
  2. Contoh:
    • graphite, kevlar, epoxy, carbon, fibre-reinforced plastic (CFRP)

Tuesday 25 June 2013

Era Penjajahan - Jepun


  1. Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
  2. Latihan Jasmani bertujuan:
    • Membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
  3. Arahan diberi dalam bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
  4. Murid diperkenal sejenis latihan jasmani:
    • Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latihan tubi beramai-ramai.
  5. Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
  6. Disesetengah sekolah latihan kawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

Monday 24 June 2013

Era Penjajahan - Inggeris


  1. Pendidikan Jasmani tidak ada yang formal di dalam jadual persekolahan.
  2. Permainan-permainan baru diperkenal;
    • bola sepak, hoki, ragbi, badminton.
  3. Tujuan Pendidikan Jasmani;
    • kekalkan status quo penjajahan inggeris di mana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
  4. Sebelum belajar, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
Kronologi Masa 
1920- keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh       penjajahan Inggeris 

1922- MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.

1924- Seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri Selat dilantik. sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani belum disusun dan guru-guru yang tidak pernah terima latihan Pendidikan Jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.

1930- 
  • usaha rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan.
  • Sukatan yang digunakan latihan fizikal.
  • Rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani mula dilancarkan ke seluruh negara melalui kursus perkhidmatan.

Era Kolonial- Sebelum Penjajahan Inggeris


  1. Pendidikan tidak formal di Tanah Melayu
    • Kelas-kelas agama dan Al-Quran, Kesenian, Pertukangan, (Pendidikan Jasmani- Belum Ada)
  2. Murid-murid sukarela libatkan diri dalam pelbagai kebudayaan dan permainan tradisional
  3. kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.
  4. Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi.
    • Silat, berdayung, lain-lain.
  5. Latihan jasmani dipertonton secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
  6. penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial.
    • Golongan biasa- Sepak raga, gasing, congkak.
    • Golongan raja- Tunggang kuda, memanah, memburu.
  7. Pendidikan Jasmani ada 3 aspek : permainan masa lapang, Kepewiraan, Senaman tradisional.

Peringkat-Peringkat Pengajaran Pendidikan Jasmani

  1. Era Kolonial- Sebelum Penjajahan Inggeris
  2. Era Penjajahan- Inggeris/Jepun
  3. Era Kolonial- British/Sebelum Merdeka
  4. Era Selepas Merdeka

Futsal

http://www.slideshare.net/Fakrul141291/waj3109-gerko-futsal

Teori Gestalt

http://www.slideshare.net/Fakrul141291/edu3103-murid-dan-alam-belajar-teori-gelstalt-18532444

Falsafah Pendidikan Barat


http://www.slideshare.net/Fakrul141291/falsafah-pendidikan-barat-18533283

Pembentangan Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu, dan Menyeronokkan


http://www.slideshare.net/Fakrul141291/soalan-6-pembelajaran-yang-optimum-bersepadu-dan-meyeronokkan

3 Aktiviti Irama, Objek dan Pergerakan

http://www.slideshare.net/Fakrul141291/soalan-8-hasilkan-3-aktiviti-irama-objek-dan-pergerakan

Pengurusan Grafik Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu, dan Menyeronokan

http://www.slideshare.net/Fakrul141291/grafik-23233545

Penghasilan Bunyi Huruf Vokal

        Melalui gambar rajah di atas (Hadapan, Tengah, Belakang) merujuk kepada bahagian lidah.  Manakala, (Sempit, Separuh Sempit, Separuh Luas, Luas) Merujuk kepada kedudukan lidah.  Dan (Terhampar, Biasa, Bundar).


Syarat Atau Prinsip Penghasilan Bunyi Vokal
  1. Tidak ada halangan dalam mengeluarkan udara semasa menghasilkan bunyi vokal.
  2. Bunyi vokal keluar melalui mulut
  3. Bunyi vokal bersuara- semua huruf vokal
Penghasilan Bunyi Vokal- Cara Menghuraikan Proses Berlaku
  1. Kedudukan Lidah
  2. Anak Tekak
  3. Bibir
  4. Pita Suara
  5. Rumusan- Udara dari paru-paru 





Saturday 22 June 2013

Rumusan Fonetik dan Fonologi

      Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

       Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

      Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 


Rujukan
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa:
Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Konsep Membaca Kaedah Fonetik

       Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.

      Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

       Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

       Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

a.                   Bunyi vokal
a
aaa
e
eee
i
iii
o
ooo
u
uuu




 b.                  Bunyi konsonan
b
beh
n
en
c
ceh
p
peh
d
deh
q
qeh
f
feh
r
rer
g
geh
s
sss
h
heh
t
teh
j
jeh
v
vev
k
keh
w
weh
l
el
y
yeh
m
em
z
zez








      Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. 

      Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik


      Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti ’b’, ’r’, ’j’, ’d’, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebut ’baju’ sebagai’maju’, ’bulu’ sebagai ’mulu’, ’rumah’ sebagai ’lumah’, ’rokok’ sebagai ’lokok’, ’jalan’sebagai ’yalan’, ’dalam’ sebagai ’lalam’ dan lain-lain lagi.

       Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa. Antaranya ialah ’coffee dengan kopi’, ’radio dengan radio’, ’biscuit dengan biskut’, ’bag dengan beg’, ’computer dengankomputer’, dan yang seumpamanya.

       Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.

Kepentingan Kaedah Fonetik Kepada Guru Bahasa Melayu


      Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah ’Reform’ atau ’Kaedah Lisan’. (Raja Mukhtaruddin, 1980). Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.

       Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.

    Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir)

      Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian, murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri.

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

      Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.

       Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

       Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.

       Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

      Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.

Definisi Fonologi

      Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.

      Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

      Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.

Cabang-Cabang Fonetik

      Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

    Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

      Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi  tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

Definisi Fonetik

      Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

     Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

    Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

       Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

       Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

Model Assure

Pengenalan
        Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai diperlukan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Diharapkan murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif pengajaran pada hari itu dapat dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan murid menerima pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang diajar oleh guru.

       Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran dijalankan berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan.


Model ASSURE
       Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.
Model ASSURE merupakan singkatan kepada:

Analyze Learners (Analisa pelajar)
       Ciri pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat pelajar. Analisa pelajar ini penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.

       Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti dahulu. Soalan seperti berikut boleh dijadikan panduan:
a. Siapa kumpulan sasar?
b. Apakah cirri-ciri mereka?
c. Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
d. Berapa lama tempoh perlaksanaan?
       Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau berinteraksi secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap, latar belakang, aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk tertentu. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi bekaitan beberapa soalan mudah berkaitan tajuk. Guru juga dapat menentukan bahawa murid memperoleh maklumat samada daripada buku rujukan atau pendedahan melalui majalah dan televisyen. Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.
       Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi nsatu skop rekabentuk pengajaran yang luas.
Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun 2002.


Model ASSURE yang terbaru.

A-Analyse learner(Analisis pelajar)
S-State objective(Nyatakan objektif)
S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)


A- ANALISIS PELAJAR – Menganalisis semua ciri pelajar yang ada.

Ciri2 umum – deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.

kompetensi khusus peringkat masuk – berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.

stail pembelajaran – merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik.


S-NYATAKAN OBJEKTIF

Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.


S-PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
  1. Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
  2. Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih
  3. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.


U- GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
5 Langkah bagi penggunaan media yang baik
.
  1. Priview bahan 
  2. Sediakan bahan 
  3. Sediakan persekitaran 
  4. Sediakan pelajar 
  5. Sediakan pengalaman pembelajaran

R- LIBATKAN PELAJAR
Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.


E- NILAI DAN SEMAK

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek :
  1. Menilai pencapaian pelajar 
  2. Pembelajaran yang dihasilkan 
  3. Menilai media dan kaedah 
  4. Kualiti media 
  5. Penggunaan guru 
  6. Penggunaan murid. 
  7. Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3 
  8. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria 
  9. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran 
  10. Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA

Antara garis panduan ketika menilai media:
  1. Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar. 
  2. Menyokong pemikiran tinggi(sokratik) 
  3. Memperkembangakan kemahiran berfikir. 
  4. Menyampai kandungan secara mendalam 
  5. Meransang naluri ingin tahu pelajar 
  6. Dapat melibatkan murid secara aktif 
  7. Menghubungkaitkan bidang pelajaran 
  8. Meningkatkan nilai murni.
Penutup.

       Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar.

       Media boleh berupa dalam bentuk alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.


Rujukan
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 88, 89, 90.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999, hlmn 91, 92.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997, hlmn 12, 13, 14.
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 34, 35.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 67, 68, 69.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 40,41.