Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 29 September 2011

Definisi Istilah Kajian Flora Dan Fauna

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), flora membawa maksud ‘tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa” manakala fauna pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”. Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah ‘habis lenyap’. Kepupusan flora dan fauna boleh didefinisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi dari muka bumi.

Pengenalan Kajian Flora Dan Fauna

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.  Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.  Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.  Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Selain itu, pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.  Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.  Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam, iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, dan pencemaran sungai dan kolam
Seterusnya, konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.  Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur.  Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.  Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.  Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Akhir sekali, pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup.  Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi.  Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini.  Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin meningkat.  Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perlu diambil serius selagi masih ada masa.

Kepentingan Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar Berdasarkan Objektif Pendidikan konservasi UNESCO 1976

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.  Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.
            Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia.   Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan.   Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.   Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan.
            seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan.  Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil.  Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.
            Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat.  Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.  Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.
            Secara konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.

Objektif Pendidikan Konservasi

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha sadar yang dilakukan secara berulang-ulang kali atau dengan kata lain secara terus-menerus supaya masyarakat memiliki kesedaran atau kepedulian konservasi terhadap alam sekitarnya dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi. Mengikut UNESCO 1976 telah menggariskan lima objektif utama Pendidikan Konservasi iaitu Pengetahuan, Sikap, Keterampilan, Kemampuan Mengevaluasi (evaluation ability) dan Peranserta (participation).
            Selain itu, seperti yang termaktub dalam objektif UNESCO 1976, pengetahuan merupakan objektif pertama dan utama. Hal ini kerana untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, sememangnya pengetahuan amat penting. Melalui pengetahuan, barulah kita boleh menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan sehari-hari.  Melalui pengetahuan juga, kita dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk yang bergantung kepadanya.   Melalui kaedah ini, kita akan dapat memberikan peluang dan  kesempatan kepada orang ramai untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi.  Sebagai makhluk yang tinggal di muka bumi ini, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi yang cukup sempurna demi menjaga kepentingan bersama-sama sesama hidupan yang hidup.
            Seterusnya, selepas diberikan pengetahuan untuk menyedari masyarakat akan masalah alam sekitar, barulah perubahan sikap boleh berlaku.  Perubahan sikap boleh berupa nilai-nilai estetika yang kuat dan tinggi, bermotivasi dalam usaha-usaha perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar pengawetan dan pemanfaatan alam sekitar secara lestari.   Lestari merujuk kepada kebijaksanaan dan kepandaian, maka lestari yang dimaksud ini kebijaksanaan mengurus alam sekitar. Berlainan pula dengan pembangunan lestari yang membawa maksud kepandaian membuat pembangunan tanpa mengorbankan alam sekitar.  Dengan kata lain, pembangunan yang dijalankan masih sistematik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Oleh yang demikian sikap dan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar haruslah dipupuk dan ditanam dalam sanubari kanak-kanak ataupun para pelajar sejak dari kecil.  Dengan membentuk pola perilaku yang natural terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai oleh akar bangsa akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber seperti yang dialami oleh negara Indonesia.
            Tambahan lagi, salah satu daripada objektif yang termaktub dalam UNESCO 1976 ialah Keterampilan.  Keterampilan ini bermaksud  mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar.  Keterampilan juga boleh membawa maksud memberikan pengetahuan cara untuk menguruskan atau mengelakkan pencemaran yang dilakukan oleh manusia. 
              Lantaran itu, kemampuan mengevaluasi (evaluation ability).  Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan sebagainya, sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau kepupusan haiwan dapat diatasi.   Objektif yang terakhir dinyatakan dalam UNESCO 1976 ialah peranserta iaitu (participation).  
Justeru itu, pelajar atau murid sememangnya digalakkan untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi.  Melalui aktiviti sebegini, mereka dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka untuk menghadapi permasalahan konservasi alam sehingga mereka dapat mengambil keputusan dan melakukan tindakan yang bijak dan relevan.  Misalnya, para pelajar mengambil bahagian dalam menanam semula pokok bagi myelesaikan maslah peningkatan suhu setempat mahupun suhu global.
Melalui laman sesawang Pendidikan Konservasi (2011/ http://www.scribd.com/doc/26994294/pendidikan-konservasi), pendidikan konservasi ialah suatu usaha sedar yang dilakukan berulang-ulang atau terus menerus yang bertujuan supaya masyarakat memiliki kesedaran dan kepedulian terhadap konservasi sumber daya alam dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi.
Selain itu, tujuan pendidikan konservasi termasuklah kesedaran dan kepekaan terhadap sumber daya alam termasuk permasalahannya. Ini mengembangkan kepekaan individu dan kelompok komuniti dan bangsa-bangsa terhadap konservasi alam semula jadi. Contohnya,  masalah ‘Green house effect’, penipisan lapaisan ozon dan kenaikan purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil
perhatian.
Seterusnya ialah Pengetahuan (knowledge). Iaitu pengetahuan dan
pemahaman yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dan
tanggungjawab, iaitu memberikan kesempatan kepada semua orang untuk
mendapatkan kesedaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk
berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Kita penghuni bumi, mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi ini.
Objektif yang seterusnya ialah Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasa
kepedulian yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperanan serta dalam
langkah-langkah perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari
harus ditanam dalam diri pelajar. Dengan membentuk pola perilaku yang ramah
terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai
oleh generasi akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kehausan
sumber.
Selanjutnya lagi, keterampilan untuk memecahkan masalah-masalah yang terjadi dalam konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif
pendidikan konservasi. Ini akan mengembangkan etika konservasi dan memberikan
pengetahuan akan cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah
pencemaran di alam sekitar.
Seterusnya ialah kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya
setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan
program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan.
Sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah
pencemaran atau pelupusan haiwan dapat diatasi.
Objektif yang terakhir dinyatakan ialah peranserta (participation). Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat mengembangkan rasa tanggungjawab terhadap suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya. Contonya, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah peningkatan suhu dunia dengan cara yang saintifik berikutan dengan
kemajuan teknologi.
Secara kesimpulannya, objektif pendidikan konservasi amatlah penting bagi membentuk jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat, khasnya kepada akar bangsa kita, iaitu pewaris kehidupan selepas kita supaya kestabilan bumi akan lebih baik dan terlindung daripada banyak masalah pemusnahan khazanah semulajadinya.

pengenalan Pendidikan Konservasi

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Menyedari hakikat ini, kita haruslah memupuk ataupun memberikan pendidikan konservasi ini di peringkat awal yakni peringkat kanak-kanak lagi agar mereka dapat pengetahuan, mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Dengan adanya pendidikan konservasi dapat memberi kesedaran ke dalam diri para pelajar  tentang kewajipan mereka terhadap alam sekitar yakni memelihara dan memulihara serta bersikap dan bertindak positif terhadap alam sekitar yang berada di sekitar mereka. Sepatutnya, ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan pendedahan pendidikan konservasi kepada anak-anak mereka kerana mereka merupakan guru pertama bagi kanak-kanak. 
            Selain itu, seperti yang kita sedia maklum bahawa alam sekitar memainkan penting dalam kehidupan seharian. Kita juga akan menjalani kehidupan yang selesa dan menyegarkan jika alam sekitar bersih.  Hal ini kerana alam sekitar yang bersih akan menjamin kesihatan tubuh badan, iaitu kita terhindar daripada sebarang penyakit yang mungkin berpunca daripada pencemaran pada alam sekitar.  Alam sekitar juga merupakan sumber asli yang berharga bukan sahaja bagi manusia malah sumber bagi makhluk-makhluk yang hidup di dunia ini.  Hakikatnya, kita sebagai manusia mesti menjaga alam sekitar yang menjadi sumber utama untuk menghasilkan sumber makanan dan minuman.  Oleh yang demikian, manusia sebagai makhluk yang bertanggungjawab atas segala yang berlaku di bumi ini , iaitu sebagai makhluk yang berakal fikiran haruslah memelihara alam sekitar dengan baik agar tidak berlakunya kemusnahan alam sekitar.
            Tambahan lagi, usaha yang dijalankan oleh guru, badan bukan kerajaaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya pendidikan konservasi diharapkan dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang kerana mereka bakal memimpin negara pada masa depan. Melalui pendidikan konservasi juga, kita dapat melatih mereka supaya bertanggungjawab, mempunyai nilai etika yang tinggi dan juga mempunyai visi dan misi yang berwawasan dalam mengekalkan alam sekitar.
            Melalui laman sesawang Pendidikan Konservasi (2011/ http://www.scribd.com/doc/26994294/pendidikan-konservasi), Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah
pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya
konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang
kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif
terhadap alam.
Selain itu, Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapatdisampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsayang mempunyai keberanian, bertangggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan.
Seterusnya, di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih.
Selanjutnya, alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.  Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa danmennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Justeru itu, Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.  Oleh itu, manusia hendaklah
memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak
berlaku pencemaran.
Secara kesimpulannya, tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara amatlah penting untuk dipikul bersama-sama supaya kestabilan ekosistem alam sekitar akan lebih terjamin daripada terjadinya kepupusan dan kemusnahan alam semula jadi.

Wednesday 28 September 2011

FORMAT KERTAS KERJA



1) Tujuan
ØTujuan kertas kerja.

2) Pengenalan atau Latar Belakang
ØSedikit tentang sejarah, isu dan masalah dikemukakan.

3) Tinjauan Bacaan / Rasional
ØBukti perkara tersebut patut dilaksanakan.

4) Objektif
ØNyatakan matlamat yang hendak dicapai.

5) Justifikasi
ØMemberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.

6) Tarikh dan Tempat 
ØNyatakan dengan jelas dan spesifik.

7) Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana 
ØSediakan senarai penuh nama ahli jawatankuasa dan jawatan yang disandang.

8) Kumpulan Sasaran / Peserta 
ØNyatakan maklumat lengkap peserta.

9) Implikasi Kewangan
ØNyatakan secara terperinci dan logik anggaran perbelanjaan.

10) Tentatif Program
ØSediakan cadangan tentatif program yang akan dilaksanakan.

11) Penutup
ØNyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan serta kelulusan
ØMenyediakan ruangan ‘disediakan oleh’, ‘disemak oleh’, ‘disokong oleh’ dan ‘diluluskan oleh’ untuk pihak yang terlibat.



CIRI-CIRI KERTAS KERJA



1)Kertas kerja hendaklah memenuhi tema dan objektif program.

2) Mempunyai semua maklumat yang lengkap.

3) Maklumat yang dinyatakan hendaklah tepat.

4) Perkara yang disampaikan hendaklah jelas.

5) Memberikan maklumat yang ringkas dan mudah difahami. 

6) Penggunaan bahasa yang sopan.

7) Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah perkataan.

8) Jangan menggunakan singkatan dalam penulisan.

9) Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.

10) Gunakan komputer untuk menaip kertas kerja menggunakan langkau yang sesuai.

jenis kertas kerja


DEFINISI KERTAS KERJA

ØMenurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

  ØPada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Thursday 22 September 2011

Binaan Sesuatu Teks Pidato

      Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), secara kasar, binaan pidato terdiri daripada bahagian-bahagian seperti pembuka kata merupakan bahagian yang menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato yang berkenaan.  Selain itu, teks pidato mestilah menarik minat dan membina keyakinan pendengar.  Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato.  Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato perlu diberikan dalam bahagian ini.  Seterusnya, isi atau amanat, isi pidato merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.  Tambahan lagi, penutup isi atau amanat, penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato tadi.  Akhir sekali, penutup pidato, bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir.  Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Tujuan pidato

      Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), lazimnya pidato dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut, memberitahu audiens tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati, memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendirianya terhadap sesuatu perkara, dan mempengaruhi audiens supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

Definisi pidato

      Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.  Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.  

peranan bahasa melayu

Antara peranan bahasa Melayu ialah menjadi asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.
Selain itu, Lambang jati diri Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.  Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia.  Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya, negara Jepun dengan bahasa Jepun, negara Jerman dengan bahasa Jerman, dan negara Perancis dengan Bahasa Perancis.  Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malysia di persada dunia.  Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Selanjutnya, Bahasa perpaduan Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan.  Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa.  Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat.  Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.  Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini.  Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.  Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.  Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.
Seterusnya, Bahasa pengantar ilmu pengetahuan bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.  Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib.  Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Tambahan lagi, peranan bahasa Melayu menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.  Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut.  Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri.  Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.
Justeru itu, penggunaan dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki keistimewaan selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa.  Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika.
Selain daripada itu, wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsa.  Bahasa yang dapat membina negara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan.  Maka, lebih banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk.  Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
Akhir sekali, Menggambarkan bangsa yang berkuasa, bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahasa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak.  Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.  Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usaha penerbitan bahan bacaan.

contoh tantatif program

ATUR CARA PROGRAM

SELASA ( 12 JULAI 2011 )
2.00 petang             - Berkumpul di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT)
5.00 petang             - Berlepas ke Kuching
8.00 malam             - Tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak
9.00 malam             - Tiba di tempat penginapan
            ( Institut Pendidikan Guru Batu Lintang )
10.00 malam           - Rehat / solat dan persiapan diri

RABU ( 13 JULAI 2011 )
6.00 pagi                 - Bersiap/sarapan pagi
8.00 pagi                 - Taklimat daripada penyelaras program
                            ( Encik Abdullah bin Kassim )
9.00 pagi                 - Melawat ke Kelab Kebudayaan Institut Pendidikan Guru
                               Kampus Batu Lintang
1.00 petang             - Solat/ makan tengah hari
2.00 petang             - Rehat
3.30 petang             - Bertolak ke DBP cawangan Sarawak
5.00 petang             - Bertolak Kampung Budaya Sarawak
7.00 malam             - Bertolak ke tempat penginapan
                                    ( Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang )
8.30 malam             - Makan malam
9.30 malam             - Refleksi Pelatih
11.00 malam           - Rehat

KHAMIS ( 14 JULAI 2011 )
6.00 pagi                - Bersiap/sarapan pagi
8.00 pagi                - Bertolak ke Kuching Waterfront
12.00 tengah hari   - Makan tengah hari
1.00 petang            - Taman Budaya Jong
6.30 petang             - Bertolak ke tempat penginapan
                                   - ( Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang )
8.30 malam             - Makan malam
9.30 malam             - Refleksi Pelatih
11.00 malam           - Rehat

JUMAAT  ( 15 JULAI 2011 )
6.00 pagi                  - Bersiap /sarapan pagi
8.00 pagi                  - Bertolak ke Pasar Sarikin
1.00 petang              - Makan tengah hari dan solat
6.00 petang              - Bertolak ke tempat penginapan
                                      ( Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang )
8.30 malam              - Makan malam
11.00 malam            - Rehat

SABTU ( 16 JULAI 2011 )
6.00 pagi                   - bersiap /solat/sarapan
9.00 pagi                   - Bertolak Ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
                                       Razak
12.00 tengah hari      - Makan tengah hari/solat
2.00 petang               - Muzium Sarawak
6.00 petang               - Bertolak ke tempat penginapan
                                       ( Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang )
8.30 malam                - Makan malam
9.30 malam                - Refleksi Pelatih
11.00 malam              - Rehat

AHAD (17 JULAI 2011 )
6.00 pagi                     - Persiapan Pulangsarapan
8.00 pagi                     - Bertolak ke Lapangan Antarabangsa Kuching
11.00 pagi                   - Bertolak Ke Terminal LCCT Sepang

contoh teks ucapan pengarah


TEKS UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN BULAN DISEMBER 2010
JABATAN PELAJARAN PERAK
29 DISEMBER 2010-12-29

Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih kepada saudara/i pengacara majlis,

Tn. Hj. Mohd. Idris Bin Hj. Ramli,
Timbalan Pengarah Pelajaran.

Tn. Hj. Mohd. Rozi Bin Puteh Ismail,
Ketua Sektor Pengurusan Akademik merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Pagi bulan Disember  

Semua Ketua Sektor,

Semua Pegawai Pelajaran Daerah,

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak,

Semua pegawai, tuan-tuan dan puan-puan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, Jawatankuasa Pengelola Perhimpunan Pagi yang diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik telah berjaya mempertemukan kita semua di pagi ini untuk berkongsi ilmu, pengalaman, kegembiraan dan aspirasi.  Atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga Sektor Pengurusan Akademik, saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah. Jelas terzahir kepada saya kesepaduan kerja yang begitu baik walaupun masing-masing sentiasa bergerak ke sana ke mari menguruskan tugas-tugas lain. 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bila kita bercakap tentang kesepaduan, kita perlu faham banyak perkara.  Perkara paling asas ialah kesepaduan idea.  Jika di peringkat menggembeleng idea pun sukar kita lakukan, maka  kita sebenarnya terlalu jauh dengan kecemerlangan dan kehebatan.  Dengan kata lain, mustahil bagi kita untuk MEREALISASIKAN IMPIAN.    

Tun Dr. Mahathir pernah menulis, “Rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa untuk berdebat mengenai sesuatu idea baru itu supaya ianya tidak perlu dilaksanakan".  Di awal tahun 1980an dulu, idea untuk menyelaraskan waktu di antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur menerima tentangan yang cukup hebat. Begitu juga dengan idea untuk membangunkan industri kereta nasional,...juga menerima tentangan. Pengurangan pekerja-pekerja pam minyak pun juga tidak di terima rakyat.  Bermacam-macam pendapat diberikan oleh semua pihak, yang cuba membuktikan idea-idea tersebut adalah idea yang merugi dan mendatangkan kemudaratan.  Tetapi, cuba kita lihat sekarang.  Penyelarasan waktu setengah jam di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur tidak merugikan rakyat.  Kereta Proton yang dibina masih boleh bertahan, masih mampu bersaing.  Kenapa impian ini boleh menjadi kenyataan?.  Jawapannya....kerana mereka sanggup berubah dan berfikiran positif, selain berusaha secara luar biasa.   

Jika kita semua juga membudayakan sikap negatif sebegini, maka saya yakin bahawa negeri Perak akan terus kekal di tangga 13, 14, 15 atau 16 setiap kali keputusan peperiksaan awam   diumumkan.

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya bahawa warga JPN dan warga pendidikan di Perak keseluruhannya terdiri daripada mereka yang cemerlang dan mampu menyatukan idea-idea menjadi sesuatu yang bernas dan praktikal untuk dilaksanakan.   Jadi saya mahu semua Ketua Sektor, PPD dan pegawai-pegawai kanan yang menjadi Master Planner di JPN dan di daerah supaya berusaha untuk memastikan PERAK DI PUNCAK KECEMERLANGAN melalui Perancangan Strategik JPN. 

Semua orang mesti memahami aspirasi yang dinyatakan di dalam Perancangan Strategik.  Pelaksanaan Perancangan Strategik JPN ini seharusnya dalam bentuk bersepadu...dan bukan terpisah-pisah mengikut sektor masing-masing.  Oleh kerana kita mensasarkan kedudukan sekurang-kurangnya di tempat kelima dalam UPSR, PMR dan SPM,...bukan bermakna tanggungjawab ini perlu dipikul oleh Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Pendidikan Islam semata-mata.  Dan bukan pula menjadi tanggungjawab Sektor Pembangunan Kemanusiaan sepenuhnya kerana kecemerlangan kokurikulum dan sukan dijadikan sasaran tahun 2011.  Semua Sektor dan PPD perlu menjadi pelengkap di antara satu sama lain untuk MEREALISASIKAN IMPIAN ini.  

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terjemahan Perancangan Strategik secara praktikal melalui Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mesti difahami dan dihayati oleh semua.  Jika semua orang memahami SKT dan berusaha mencapai apa yang dirancangkan, maka negeri Perak akan berjaya.   Untuk memastikan ada kesinambungan idea dan usaha, SKT Sektor akan dijadikan asas SKT PPD dan SKT PPD pula menjadi asas kepada SKT pengetua dan guru besar. 

Kenapa mesti ada kesinambungan ? Kita semua perlu bekerja dalam ruang lingkup SKT kerana budaya kerja kita diasaskan kepada perkara tersebut.  Kita berusaha untuk menyediakan generasi yang sama sifat cemerlangnya. Saya minta semua penggerak dasar kementerian yang ada di sini yang juga merupakan perancang dan pelaksana dasar-dasar operasi supaya berfikir dan melihat adakah berlakunya compartmentalization dalam melaksanakan semua program di semua peringkat.   Jangan kita merancang dan melaksanakan program bersendirian tetapi memfokuskan kepada kumpulan sasaran yang sama dengan input yang hampir sama.  Dan juga, jangan ada di dalam pemikiran sesiapa pun untuk menjadi hebat secara bersendirian dengan merancang pelbagai program yang besar sedangkan program seumpama itu juga dilaksanakan oleh pihak lain.  Jika ini berlaku, bermakna kita berlumba sesama sendiri untuk menjadi yang terbaik dan bukannya berusaha menjulang nama Negeri Perak secara menyeluruh.  Pada pandangan saya, kumpulan-kumpulan ini sebenarnya tidak cekap dan selesa bekerja dalam silo.  

Tuan-tuan dan puan-puan,

Lukman Al Hakim pernah berkata, ada dua orang yang paling gagal dalam hidup iaitu orang yang tidak cekap membuat apa-apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat perkara yang disuruh. Kumpulan inilah nanti yang akan menghalang transformasi minda,  yang  anti kepada perubahan, yang mempunyai pemikiran yang jumud dan statik serta tidak mempunyai cita-cita untuk cemerlang. 

Saya membawa pemikiran tuan-tuan dan puan-puan kepada perkara ini supaya kita sentiasa sedar dan berfikir secara dinamik. Kerana apa yang kita fikirkan itulah yang dizahirkan melalui kerja kita dan seterusnya menjadi budaya.  Usaha yang mendatangkan hasil yang baik adalah usaha yang berdasarkan kepada perancangan yang teliti dan bersepadu.  Tambahan pula, outcome yang kita sasarkan adalah kecemerlangan hidup alam dewasa kanak-kanak.  Kanak-kanak yang kita didik di sekolah begitu kompleks dan pembangunannya memerlukan pendekatan  yang berbagai untuk mencemerlangkan potensi, sahsiah dan intelektual.  


Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, suka saya menyebut satu pepatah Cina untuk renungan bersama. Kata pepatah tersebut:


“Manusia berjiwa besar mengukuhkan hubungan harmoni antara satu sama lain tetapi tidak mewujudkan puak-puak. Manusia berjiwa kerdil mengukuhkan puak-puak tetapi gagal mewujudkan suasana harmoni.”


Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak kerana peningkatan kualiti yang agak cemerlang dalam  PMR yang baru diumumkan.  Begitu juga dengan pencapaian pasukan PSKPP Perak yang mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan.  Dan bersama kita pada hari ini ialah Pasukan KIK negeri Perak daripada Sekolah Menengah Teknik Slim River yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Perak kerana muncul sebagai Johan Kebangsaan dalam pertandingan inovasi.  Tahniah kepada semua. 

Jika boleh, ingin saya katakan kepada semua bahawa kejayaan itu adalah satu permulaan kepada beberapa siri kejayaan cemerlang selepas ini.  Insya Allah.

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya dengan wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum.

CARA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT



1) KEMAHIRAN

Kemahiran mentafsirkan
- menjelaskan makna-makna yang tepat tentang istilah-istilah dan idea-idea yang dibentangkan.

Kemahiran menjelaskan
- menyediakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat-maklumat asas.

Kemahiran menunjukkan
- komunikator hendaklah bersedia membuat demontrasi.

Kemahiran menceritakan
- ada ketikanya boleh digunakan untuk memberikan penejlasan yang terperinci akan sesuatu situasi.

Kemahiran membezakan
- untuk membandingkan dua perkara atau keadaan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan yang berbeza.

Kemahiran melaporkan- menyampaikan laporan yang baik, jelas, objektif lengkap dan tepat.

2) Bahan atau alat bantu
  • MAKLUMAT EDARAN BERTULIS 
  • PROJEKTOR OVERHEAD (OHP) 
  • CARTA & GAMBAR RAJAH 
  • FILEM SLAID 
  • PITA VIDEO


3.NADA/ INTONASI

  • Sebaliknya, komunikator memulakan taklimat dengan nada dan intonasi yang rendah, kemudian meninggi dan rendah semula apabila sampai ke penghujung taklimat.
  • Nada dan intonasi boleh ditinggikan ketika soal sesi jawab.
  • Jika mempunyai suara yang rendah, mikrofon boleh digunakan untuk meninggikan suara. 










KANDUNGAN TAKLIMAT

Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada:

1. Apa yang hendak dimaklumkan  ?. Taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak  yang menyampaikan taklimat itu.


2. Apa yang khalayak ingin tahu? Taklimat jenis ini memerlukan penyediaan yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temu bual serta menyusunnya dengan baik

FORMAT TAKLIMAT

Penyediaan taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.

1)Taklimat satu taraf khalayak

a) Tajuk
b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
c) Kata alu-aluan
d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan sedikit ringkasan taklimat.
e) Kandungan taklimat
f) Penutup
g) Sesi soal jawab


2. Taklimat dua taraf khalayak

a) Tajuk
b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa.
c) Puji-pujian
d) Ringkasan sembah taklimat
e) Kandungan
f) Sesi soal jawab

PENYEDIAAN TAKLIMAT


Taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor semasa menyediakannya..



Pertimbangan Khayalak/Hadirin 
  • Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu menentukan jenis taklimat yang meraka perlukan.
  • Penentuan taraf khayalak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandunagn taklimat.
  • Menentukan bilangan khayalak yang boleh membantu dalam penyediaan nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.


Pertimbangan Suasana 

  • Suasana dikatakan formal- khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/ swasta, pelawat luar negara, atau dif-dif kehormat seperti D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda. 
  • Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal- khayalak terdiri daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya.
  • Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks.
  • Teks taklimat bagi suasana kombinasi formal adalah ringkas dan mudah.



Taraf Khalayak

  • Penyampaian taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.
  • Satu taraf khalayak- tetamu terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
  • Dua taraf khalayak- tetamu terdiri daripada D.Y.M.M atau D.Y.T.M Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.