Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI SEGI EMOSI

umum- pj membantu meneroka kelemahan dan kelebihan diri, memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya, menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid, dan mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.



khas-
a) menghilangkan tekanan
  •  aktiviti pj dapat menghilangkan tekanan akibat aktiviti seharian. contohnya, berlari dapat melupakan sebentar masalah yang dihadapi di kelas. mengikut model ekologi bronfenrenner manusia dipengaruhi emosi berdasarkan peringkat persekitaram. mikrosistem adalah lapisan dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.
b) meningkatkan keyakinan diri
  • aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran dapat meningkatkan keyakinan diri, keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita, seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.
c) pengaruh mental dan fizikal
  • tubuh yang sihat mempegaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik, apabila mental dan fizikal seseorang dalam keadaan yang baik maka emosi juga akan menjadi terkawal.
d) pengaruh sosial
  • sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik, bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktivti akan mempengaruhi kawalan emosi kita.
e) memenuhi kehendak lahiriah
  • fitrah manusia terutama kanak-kanak suka bermain terutama berbentuk hiburan dan sosial, melalui pj dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya mengalakkan perkembangan emosi yang positif, ekpresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, sedih dan lain-lain, kehebatandan kesensitifan perasan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu satu cara kita menyampaikan perasaan, dan perasaan2 yang kuat ini akan mempegaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

No comments:

Post a Comment