Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

KAEDAH/ GAYA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

  • gaya langsung (arahan, tugasan, latihan, bertindak balas, semakan kendiri, inklusif)
  • gaya gabungan/ limitasi
  • gaya tidak langsung (penemuan terbimbing, penemuan memusat, penghasilan mencapah, program individu, )
a) gaya langsung
  • berpusatkan guru, berdasarkan teori behaviorisme, guru dianggap ada pengetahuan tentang kemhiran yang bakal dilakukan.
  • kelebihan= fokus kepada pelajaran, berstruktur, jimat masa, anggap semua pelajar sama, kurang salah faham berkaitan tajuk, pelajar tahu apa yang dipelajari, kaedah yang berkesan
  • kelemahan= mementingkan matlamat dan belakangkan proses, tidak anjal, anggap semua individu sama dari segi tahap perkembangan tanpa perbezaan individu, tidak memberi peluang pelajar meluahkan pemikiran, cara yang tetap dalam mencapai matlamat.
b) gaya tidak langsung
  • berpusatkan murid, memcapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri, anggap pembelajaran sebagai peniruan, pengulangan perlakuan betul, pembelajaran melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.
  • ikut teori pembelajaran kognitif= pembelajaran berlaku sebagai proses yang berlaku dari dalam ke luar (proses dan hasil sama penting)
  • kelebihan= fokus individu melakukan aktiviti, ambil kira perbezaan individu, beri peluang pelajar menetapkan cara proses mencapai matlamat, beri peluang pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran, pelajar boleh merasai kejayaan, kejayaan ikut kemampuan, guru pemudah cara.
  • kelemahan= guru mesti ada kemahiran pemudah cara yang baik, guru mesti sabar, tanpa kawala mungkin masa menjadi lama, sukar mengawal kelas, sukar memastikan kesinambungan tajuk pembelajaran.

No comments:

Post a Comment