Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

1 VIDEO DALAM P&P
  1. Video – media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
  2. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah seperti letupan gunung berapi, bom atom dll.
  3. Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.
  4. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.
2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO
  1. Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.
  2.  Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas pita magnetik. Pada masa yg sama, bunyi yg dikesan sebagai signal elektronik melalui mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita yg sama.
  3.  Sekiranya ingin membeli camcorder, perlulah mengambil kira perkara-perkara yg berikut : 
  •  Format storan.
  • Warna dan resolusi.
  • Intensiti cahaya – kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikit untuk menghasilkan rakaman yg berkualiti.
  • Cip CCD – lagi banyak mempunyai cip CCD, semakin baik resolusi dan warna yg dapat dirakamkan.
  • Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphone dan punca kuasa luar.
3. JENIS-JENIS KAMERA VIDEO

1. Kamera Video Analog
  • Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
  • Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format seperti VHS, VHS-C, Hi 8, dan U-matic.
2. Kamera Video Digital
  •  Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
  •  Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).
  •  Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.
  • Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO
  1.  Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.
  2. Gelang Fokus – melakukan fokus secara manual.
  3. Sensor dedahan (exposure) – mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa yg sesuai dengan intensiti cahaya.
  4. Shutter – kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya, menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
  5. Butang White Balance – untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapi mungkin bukan warna asal.
  6. Alat rakam suara – untuk merakam suara semula jadi.
5 MEDAN JELAS
  1. Medan jelas – jarak di antara subjek yg kelihatan jelas.
  2. Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.
  3. Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabila memfokus subjek yg dekat.
  4. Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasan yg dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.
6. JENIS-JENIS SHOT 
  1. Full Length Shot (FLS)
  2.  Long Shot (L/S)
  3. Knee Shot (KS)
  4. Waist Shot (WS)
  5. Bust / Medium Close-up Shot
  6. Close Up Shot (C/UP)
  7. Big Close Up (BC/U)
  8. Extra Big Close Up (EBC/U)
7.  JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERA

1. Panning
  • Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.
  • Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.
2. Pergerakan Tilting
  • Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membanding beza dua objek yg berlainan saiz.
3. Pergerakan Dolly
  •  Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
4. Pergerakan Truck
  • Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
  • Biasanya, merakam objek yg bergerak @ berjalan.
8.  MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN
  1. Tetapkan tujuan dan objektif.
  2.  Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.
  3. Pilih bahan-bahan yg sesuai.
  4. Menulis skrip.
  5. Bersedia membuat penggambaran.
  6. Sediakan bahan-bahan grafik.
  7. Sediakan bahan dan peralatan.
  8. Mulakan penggambaran.
  9. Menyunting.
  10. Membuat rakaman audio.
  11. Prebiu.
  12. Gunakan dalam pengajaran.
  13. Penilaian dan penambahbaikan.
9. MENYUNTING VIDEO
  1. Teknik asas menyunting video – menggunakan hanya sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-dua perlu disambungkan dengan AV cable.
  2. Menyunting dalam kamera – shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat.
  3. Assemble editing – shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yg dikehendaki.
  4. Teknik sisipan – rakaman baru dilakukan pada pita asal.
  5. Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting.
  6. Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker - VCD Cutter v.4.04 

No comments:

Post a Comment