Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI

         Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

         Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahirandan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

         Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan

No comments:

Post a Comment