Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Sunday 10 November 2013

EMPAT PRINSIP PERKEMBANGAN KURIKULUM PJ

1.  Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope)dan turutan (sequencing).

  • Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 – 6.
  • Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah “intra” dan “inter”. “intra” ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala “inter” pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik.
  • Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid.
  •  Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.

No comments:

Post a Comment