Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Saturday 22 June 2013

Cabang-Cabang Fonetik

      Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

    Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

      Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi  tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

No comments:

Post a Comment