Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Saturday 22 June 2013

Model Assure

Pengenalan
        Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai diperlukan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Diharapkan murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif pengajaran pada hari itu dapat dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan murid menerima pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang diajar oleh guru.

       Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran dijalankan berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan.


Model ASSURE
       Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.
Model ASSURE merupakan singkatan kepada:

Analyze Learners (Analisa pelajar)
       Ciri pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat pelajar. Analisa pelajar ini penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.

       Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti dahulu. Soalan seperti berikut boleh dijadikan panduan:
a. Siapa kumpulan sasar?
b. Apakah cirri-ciri mereka?
c. Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
d. Berapa lama tempoh perlaksanaan?
       Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau berinteraksi secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap, latar belakang, aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk tertentu. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi bekaitan beberapa soalan mudah berkaitan tajuk. Guru juga dapat menentukan bahawa murid memperoleh maklumat samada daripada buku rujukan atau pendedahan melalui majalah dan televisyen. Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.
       Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi nsatu skop rekabentuk pengajaran yang luas.
Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun 2002.


Model ASSURE yang terbaru.

A-Analyse learner(Analisis pelajar)
S-State objective(Nyatakan objektif)
S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)


A- ANALISIS PELAJAR – Menganalisis semua ciri pelajar yang ada.

Ciri2 umum – deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.

kompetensi khusus peringkat masuk – berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.

stail pembelajaran – merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik.


S-NYATAKAN OBJEKTIF

Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.


S-PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
  1. Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
  2. Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih
  3. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.


U- GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
5 Langkah bagi penggunaan media yang baik
.
  1. Priview bahan 
  2. Sediakan bahan 
  3. Sediakan persekitaran 
  4. Sediakan pelajar 
  5. Sediakan pengalaman pembelajaran

R- LIBATKAN PELAJAR
Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.


E- NILAI DAN SEMAK

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek :
  1. Menilai pencapaian pelajar 
  2. Pembelajaran yang dihasilkan 
  3. Menilai media dan kaedah 
  4. Kualiti media 
  5. Penggunaan guru 
  6. Penggunaan murid. 
  7. Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3 
  8. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria 
  9. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran 
  10. Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA

Antara garis panduan ketika menilai media:
  1. Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar. 
  2. Menyokong pemikiran tinggi(sokratik) 
  3. Memperkembangakan kemahiran berfikir. 
  4. Menyampai kandungan secara mendalam 
  5. Meransang naluri ingin tahu pelajar 
  6. Dapat melibatkan murid secara aktif 
  7. Menghubungkaitkan bidang pelajaran 
  8. Meningkatkan nilai murni.
Penutup.

       Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar.

       Media boleh berupa dalam bentuk alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.


Rujukan
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 88, 89, 90.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999, hlmn 91, 92.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997, hlmn 12, 13, 14.
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 34, 35.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 67, 68, 69.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 40,41.

No comments:

Post a Comment