Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Saturday 22 June 2013

Definisi Fonologi

      Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.

      Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

      Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.

No comments:

Post a Comment