Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Saturday 22 June 2013

Konsep Membaca Kaedah Fonetik

       Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.

      Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

       Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

       Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

a.                   Bunyi vokal
a
aaa
e
eee
i
iii
o
ooo
u
uuu




 b.                  Bunyi konsonan
b
beh
n
en
c
ceh
p
peh
d
deh
q
qeh
f
feh
r
rer
g
geh
s
sss
h
heh
t
teh
j
jeh
v
vev
k
keh
w
weh
l
el
y
yeh
m
em
z
zez








      Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. 

      Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

1 comment: