Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Saturday 22 June 2013

Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik


      Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti ’b’, ’r’, ’j’, ’d’, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebut ’baju’ sebagai’maju’, ’bulu’ sebagai ’mulu’, ’rumah’ sebagai ’lumah’, ’rokok’ sebagai ’lokok’, ’jalan’sebagai ’yalan’, ’dalam’ sebagai ’lalam’ dan lain-lain lagi.

       Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa. Antaranya ialah ’coffee dengan kopi’, ’radio dengan radio’, ’biscuit dengan biskut’, ’bag dengan beg’, ’computer dengankomputer’, dan yang seumpamanya.

       Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.

No comments:

Post a Comment