Taksonomi Bloom
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Enam tahap atau aras mengikut Taksonomi Bloom
1. Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
2. Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
3. Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
4. Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.
5. Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.
6. Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
No comments:
Post a Comment