Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment