Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Friday 20 July 2012


PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI SERANGAN DAN KAWASAN 'NYAM LI'




PENGENALAN

      Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

            Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.
             Permainan kecil adalah suatu bentuk permainan yang tidak mempunyai peraturan baku, baik mengenai peraturan permainannya, alat-alat yang digunakan, ukuran lapangan, maupun lama permainannya. Hal ini dapat disesuaikan dengan keadaan atau situasi. Disamping itu belum mempunyai induk organisasi baik yang bersifat nasional maupun internasional.

SINOPSIS PERMAINAN

            Permainan kanak-kanak ini merupakan permainan permainan yang memerlukan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor.Antara pergerakan asas yang mungkin terlibat adalah seperti berlari,melompat, berdiri, dan berjalan.Mungkin pelbagai pergerakan asas lagi yang boleh diterjemahkan dalam permainan ini. Permainan kanak-kanak ini memerlukan murid-murid mengatur strategi,megelola dan membuat keputusan yang cepat iaitu menguji murid bertindak pantas semasa bermain. Disamping itu, permainan ini dapat menghiburkan kanak-kanak dan kanak-kanak perlu menggunakan pemikiran atau kognitif mereka untuk mengatur strategi. Permainan ini juga memerlukan kerjasama berpasukan untuk mengatur strategi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut rakan-rakan perlu melihat dengan lebih terperinci di bawah ini.



1.0         TAJUK       
 “Nyam Li”  Permainan Kategori Serangan / Kawasan.


2.0       MATLAMAT
Pelajar perlu mengatur strategi, mengelola dan membuat  keputusan yang tepat
semasa bermain.



3.0       OBJEKTIF
             1.   Permainan ini menghiburkan kanak – kanak.
             2.   Permainan ini boleh menguji pemain supaya bertindak pantas.
             3.   Menanam semangat kerjasama dan bertanggungjawab semasa bermain.



4.0       TEMPAT
Dimainkan di kawasan yang lapang ataupun padang . Had kawasan  permainan mengikut jumlah pemain dan pengelola pertandingan.


5.0        PANDUAN PERLAKSANAAN PERMAINAN.   


             


5.1       Senarai alatan.
             Pundi kacang.
             Bola.
             Wisel
             Kon 6
             Kertas Majung.
             Pen.
             Bendera merah dan Putih.
             Jam Randik

  
5.2       Prosedur perlaksanaan permainan.

Terdapat 15 orang pemain (terbahagi kepada 3 kumpulan setiap kumpulan 5 orang). Undian dilakukan bagi menentukan kumpulan mana yang akan menjadi ‘Nyam Li’. Cara undian yang dicadangkan untuk dilakukan ialah dengan menggunakan kaedah lambung pundi kacang kebelakang.Kumpulan yang membaling pundi kacang denga jarak yang paling dekat akan ditetapkan sebagai ‘Nyam Li  

1.   ‘Nyam li” akan melompat perlahan – lahan ke hadapan. Biasanya pemain ini melompat
       setapak demi setapak. Pemain – pemain lain mengekorinya dari belakang .Pemain 
       perlulah berhati – hati semasa mengikuti “Nyam Li”
2.    Sambil mengikuti “Nyam Li” , pemain – pemain lain akan bertanya kepada ‘Nyam Li’
       “Nyam,Nyam Li mintak bola bagi guli …”
3.    Setiap kali ditanya, ‘Nyam Li’  akan menjawab, “ Bola kami!” pemain – pemain akan terus     
       bertanya hinggalah ‘Nyam Li’ menjawab “ Tangkap sekarang! ”.Sekali – sekala ‘Nyam Li’ 
       akan mengacah atau mengacau pemain – pemain. Biasanya pemain – pemain akan  
       terkejut.
4.    Sebaik sahaja ‘Nyam Li’ menjawab “ Sekarang,” ‘Nyam Li’ akan mengejar dan cuba
       membaling bola kearah kaki semua pemain. Pemain – pemain segera berlari di dalam
       kawasan yang ditetapkan dan cuba mengelak serangan yang dilakukan oleh ‘Nyam Li’.
5.    Mana – mana pemain yang berjaya ditangkap dan di baling oleh ‘Nyam Li’ dalam 1 minit
       akan keluar dari kawasan yang ditetapkan . Permainan akan dijalankan dari mula semula
       dengan pemain kedua dari kumpulan ‘Nyam Li’. Jika ‘Nyam Li’ tidak berjaya menangkap
       mana – mana pemain dalam masa satu minit ahli kumpulan ‘Nyam Li’ tidak dapat markah.
6.    Permainan boleh diberhentikan sehingga ketiga-tiga kumpulan menjadi ‘Nyam Li’.  


 5.3       Pelan kedudukan pelaksanaan permainan.


 5.4       Peraturan dan Syarat Permainan

1.    Permainan dimulakan dari garisan permulaan. Garisan ini akan ditetapkan oleh pengelola 
       pertandingan.
2.    ‘Nyam Li’  akan mendapat markah bonus sekiranya  pemain – pemain yang telah
        melanggar peraturan iaitu terkeluar daripada garisan yang ditetapkan semasa bermain.
3.    Sekiranya ‘Nyam Li’ melanggar peraturan iaitu terkeluar daripada kawasan serangan, 2
        markah akan dipotong .
4.    Pemain – pemain tidak boleh mengikuti ‘Nyam Li’ dari jarak yang terlalu jauh.
5.    ‘Nyam Li’ hanya boleh mengejar dan membaling pemain – pemain dengan cara pemukul
         bola dengan menggunakan batang pemukul  , setelah menyebut “ sekarang” secara
         mengejut.
6.    Pemain yang berjaya dibaling oleh ‘Nyam Li’ akan keluar dari kawasan itu. mereka
       ditempatkan di satu tempat yang dikhas oleh penganjur.
7.    Jika ‘Nyam Li’ tidak berjaya menangkap atau membaling bola terkena kepada mana –
       mana pemain, dalam masa satu minit ahli kumpulan ‘Nyam Li’ tidak dapat markah.
8.    Jika ‘Nyam Li’ berjaya menangkap dan membaling mana-mana pemain kumpulan itu
       mendapat setiap penangkapan 2 markah.
9.    Bola yang diperuntukkan kepada ‘Nyam Li’ hanya 2 biji bola sahaja.
     10.   Pemain – pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.


5.5       Permarkahan

      1.    Kumpulan akan dibahagikan kepada 3 dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. 
      2.    Kumpulan pertama akan menjadi ‘Nyam Li’ (kumpulan serangan) manakala dua kumpulan
            lagi menjadi pemain.(mangsa).
      3.    Setiap kumpulan diperuntukan 5 minit  untuk bermain.  Setiap ahli akan menjadi sebagai
           ‘Nyam Li’ dan diberi 1minit untuk menyerang.
      4.     Markahnya akan dikira sekiranya ‘Nyam Li’ berjaya membaling mangsa. Setiap serangan
            akan diberi 2 markah.
      5.     Permainan ini akan dimain secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.
      6.   Setiap kumpulan wajib menjadi sebagai ‘Nyam Li’ dan mengambil bahagian menjadi
            sebagai pemain.
       7.    Kalau ‘Nyam Li’  terkeluar dari kawasan serangan, 2 markah akan dipotong.


6.0   PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK.                 
         (Senarai semak sebelum, semasa dan  pelaksanaan permainan)


6.1   Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan Permainan

1.    Memastikan keadaan kesihatan pelajar.
2.    Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai.
3.    Memastikan pelajar berdiri di tempat yang selesa.
4.    Memastikan pelajar memanaskan badan.
5.    Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul.
6.    Memastikan pelajar berada dalam keadaan terkawal.
7.    Penyediaan alatan.
8.    Penyemakan alatan.
9.     Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal.
10. Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan.
11. Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
12. Memastikan bahawa guru menjalankan demonstrasi permainan.


6.2   Senarai semak semasa pelaksanaan permainan

1.    Memberi taklimat tentang permainan yang akan dijalankan.
2.    Memastikan pelajar-pelajar memahami taklimat yang diberikan.
3.    Membuat demonstrasi permainan itu.
4.    Memastikan pelajar menjalankan permainan itu dengan cara yang betul dan selamat.
5.    Memastikan semua pelajar mempunyai peluang untuk bermain.
6.    Memastikan semua pelajar mengambil bahagian.
7.   Memastikan pelajar dapat melakukan pergerakkan-pergerakkan lokomotor dalam
     permainan ini.
8.   Memastikan pelajar dapat melakukan pergerakkan-pergerakkan bukan lokomotor dalam
     permainan ini.
9.    Semua alatan dalam sususan yang betul dan sesuai.
10. Amalan nilai murni antara pelajar.
11. Memastikan keselamatan pelajar dijaga semasa permainan
12. Penglibatan aktif di kalangan murid.
13. Semua murid mematuhi arahan.
14. Memberi tunjuk ajar dan ulangan kepada murid yang melakuan cara yang salah.


6.3       Senarai Semak Selepas Pelaksanaan Permainan

1.    Penyemakan alatan.
2.    Membuat ”cooling down”.
3.    Semua alatan dalam keadaan baik.
4.    Semua alatan disimpan balik ke dalam setor.
5.    Semua murid sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
6.    Aktiviti menyejukkan badan dijalankan.
7.    Menanya refleksi murid.
8.    Memberi peneguhan kepada murid.
9.    Semua murid beratur dalam barisan.


11.0    Rumusan

   Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak kecil.Permainan kanak-kanak biasanya dimainkan oleh beberapa kanak-kanak di kawasan perumahan atau kampung pada masa lapang.Permainan-permainan begini perlu dimainkan selalu supaya badan sihat dan mengisi masa lapang dengan
penuh faedah.

   Permainan ini berpandukan kepada kaedah serangan/kawasan . kedua- dua pihak akan sentiasa berwaspada kerana pihak penyerang akan menumpukan perhatian untuk menyerang mangsa mengikut kemampuan mereka manakala pihak pemain pula akan mengelakkan diri daripada serangan untuk menyelamatkan diri. Tambahan pula permainan ini juga merangsangkan pemikiran kedua-dua pihak. 

No comments:

Post a Comment