Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 19 July 2012

Pendekatan Pengajaran Deduktif dan Induktif

konsep Deduktif 

Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan.  Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.  Guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. 


Ciri_ciri 

  1. Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid
  2. Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu 
  3. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks 
  4. Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada teknik hafalan. 

Jenis Pendekatan Deduktif

(a) Untuk penyelesaian masalahPendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan “ber”.

(b) Untuk membuat generalisasi baruBoleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

(c) Untuk membukti hipotesisBoleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga.


Prinsip-prinsip

  1. Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. 
  2. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. 
  3. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam. 
  4. Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat. 
  5. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari. 
  6. Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri. 

Pendekatan Pengajaran Induktif

Pengenalan 

  1. Bermula daripada spesifik kepada umum-dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960) 
  2. Pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. (B. Seaton, 1982) 
  3. Satu kaedah di mana guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu konsep. 
  4. Menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. 
  5. Sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya matematik, sains dan bahasa. 

Jenis-jenis Pendekatan Induktif

  1. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu 
  2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. 
  3. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. 
  4. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. 

Prinsip-prinsip
  1. Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. 
  2. Guru membimbing pelajar untuk membuat membuat kesimpulan. 
  3. Guru beri peluang kepada pelajar kepada untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. 
  4. Guru rancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada kesimpulan umum. 
  5. Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan tapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk pelajar mengenalpasti. 
  6. ABM disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan kesimpulannya. 
  7. Mesti mengikut urutan yang tepat.

No comments:

Post a Comment