Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 19 July 2012


Kemahiran berfikir
            Kemahiran berfikir merupakan salah satu lagi kemhiran yang harus dikuasai oleh seseorang untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaa.  Melalui pendapat John Dewey dalam buku Poh Swee Hiang (2010), mendefinisikan “berfikir operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada”.  Konteks di atas menerangkan kepentingan keupayaan seseorang guru untuk menguasai kemahiran berfikir yang sihat iaitu, guru dapat berfikir dengan baik dan mempunyai idea yang bernas untuk diaplikasikan semasa sesi pembelajaran dijalankan.  Sebagai contoh, guru dapat menyediakan satu set pengajaran yang menarik dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti video atau pembelajaran dalam bentuk nyanyian untuk menyelesaikan masalah pelajar mengantuk di dalam kelas.

            Selain itu, Melalui laman sesawang (2008/http://www.slideshare.netmengatakan “kemahiran berfikir yang mesti dikuasai oleh guru mempunyai tiga elemen iaitu, pengetahuan, kemahiran kognitif, dan sikap dan nilai”.  Situasi ini menerangkan elemen yang harus dikuasai oleh guru dalam kemahiran berfikir.  Elemen pertama ialah pengetahuan iaitu, seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan apa-apa sahaja perkara yang melibatkan pengajaran supaya dapat memahami segala konsep pengajaran yang hendak dilakukan.  Elemen kedua, kemahiran kognitif iaitu, guru dapat menstabilkan paras pemikiran yang sihat untuk melahirkan keadaan pembelajaran yang berkesan kerana guru tadi melalui kemahiran berfikir yang sihat.  Elemen ketiga, sikap dan nilai iaitu, seorang guru mestilah bersikap positif supaya pemikiran dapat diselaraskan dengan tahap kemahiran berfikir dan melalui sikap itu akan melahirkan nilai yang baik dalam diri guru tersebut.  Konteks tersebut berkenaan dengan tahap kemahiran berfikir yang baik bagi seorang guru dan elemen-elemen tersebut merupakan tunjang utama keupayaan seorang guru untuk mengajar dengan cara yang berkesan.
           

Sehubungan itu, kemahiran berfikir untuk dikuasai oleh guru ada empat bahagian iaitu, berfikir secara kritis, berfikir secara kreaktif, berfikir secara menaakul, dan strategi berfikir.  Dalam bahagian berfikir secara kritis, seorang guru mestilah berfikir secara meluas dan tanpa sekatan pemikiran.  Situasi ini tentang konsep cara guru itu berfikir secara menyeluruh dalam semua aspek dan dapat berfikir secara dalam apa juga perkara.  Manakala dalam berfikir secara kreaktif, guru dapat memikirkan cara dan teknik yang terbaik untuk digunakan dalam proses pembelajaran.  Misalnya, memikirkan cara untuk membuat aktiviti dalam kelas, seorang guru membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki meniru perbuatan haiwan berdasarkan bunyi haiwan tersebut.  Dalam berfikir secara menaakul ialah guru dapat berfikir secara logik berdasarkan maklumat yang diperolehi untuk persediaan sebelum, semasa, dan selepas mangajar serta sentiasa memperbaiki gerak didikan di kelas.  Dalam strategi berfikir pula, guru menggunakan strategi yang sistematik dalam mencorak pemikiran yang berkualiti untuk melahirkan identiti yang sempurna melalui langkah atau strategi yang berkesan terhadap pelajar.

Secara konklusinya, implikasi kemahiran berfikir kepada diri seorang guru dan seterusnya kepada sistem pendidikan negara ialah lebih menjurus kepada positif iaitu, guru tersebut akan dapat menyelesaikan masalah dalam  penyediaan bahan-bahan mengajar untuk digunakan dalam pembelajaran di kelas dengan cara menguasai kemahiran berfikir secara kiritis, kreaktif, menaakul, dan mempunyai strategi dalam memikirkan sesuatu cara atau jalan untuk penyediaan bahan-bahan dan dapat meluaskan pemikiran guru tadi ke tahap yang lebih tinggi dengan kepakaran menyelesaikan segala permasalahan melalui penyesuaian tahap-tahap pengajaran dengan peringkat umur pelajar.  Manakala implikasi terhadap sistem pendidikan negara pula, negara akan mampu melahirkan para guru yang berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran di dalam kelas dan negara pastinya akan mendapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang hasil didikan guru yang berkemahiran dalam membentuk jati diri yang seimbang selaras dengan kehendak dan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, dan intelek selari dengan matlamat negara untuk mencapai negara maju dalam wawasan 2020 dan transformasi pendidikan.   

No comments:

Post a Comment