Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Friday, 20 July 2012

Pendekatan Deduktif 


Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum\

No comments:

Post a Comment