Thursday, 2 August 2012
Definisi Masalah
Menurut Krulik dan Rudnick (1989), masalah ialah satu situasi, kuantitatif atau sebaliknya, yang dihadapi oleh seseorang individu atau kumpulan individu yang memerlukan penyelesaian dan individu itu tidak mempunyai penyelesaiannya. Selain daripada itu, sesuatu masalah seharus juga memenuhi tiga kriteria yang beikut:
1. Penerimaan - Seorang individu menerima masalah itu. Penglibatan individu mungkin disebabkan oleh motivasi atau mempunyai keinginan untuk mengalami keseronokan menyelesaikan masalah tersebut;
2. Halangan - Percubaan awal individu adalah tidak berjaya; dan
3. Penerokaan - Penglibatan individu dalam (1) memaksa dia mencari cara penyelesaian yang baru.
Charles dan Lester (1982) pula mendefinasikan masalah sebagai satu tugasan dimana
1. Individu yang menghadapinya memerlukan satu penyelesaian;
2. Individu itu tidak mempunyai prosedur yang sedia ada untuk mendapatkan penyelesaiannya; dan
3. Individu itu seharusnya melakukan percubaan untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Definisi-definisi di atas mempunyai kesamaannya. Aspek yang pertama ialah memahami masalah itu. Sesuatu masalah perlu difahami oleh individu yang menghadapinya. Jika seseorang individu tidak memahami masalah yang diberi, dia tidak dapat membentuk perwakilan untuk masalah tersebut (Davidson, Deuser, & Sternberg, 1996; Hayes, 1989).
Seseorang individu berupaya menentukan penyelesaian sesuatu masalah jika masalah itu adalah bermakna kepadanya (Cronbach, 1955). Oleh itu, masalah yang dibentuk seharusnya bermakna kepada pelajar. Aspek yang kedua ialah prosedur penyelesaian masalah.
Seseorang individu perlu menentukan apakah maklumat yang diberi serta objektif yang hendak dicapainya. Aspek yang ketiga ialah penerimaan cabaran oleh seseorang individu.
Labels:
WAJ3105
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment