Ada banyak pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan. Anda sudah belajar tentang teori pembelajaran behaviorist yang didokong oleh psikologist seperti Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Juga anda telah belajar tentang teori pembelajaran kognitif yang dipelopori oleh Piaget. Bertitik tolak daripada pandangan teori pembelajaran kognitif ini maka lahirlah satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar iaitu
konstruktivisme
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disamaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.
No comments:
Post a Comment