Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 2 August 2012


Sistem Ejaan Kongres

            Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), sejarah Sistem Ejaan Rumi Baharu di Malaysia bermula apabila terdapatnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan bahasa Melayu selepas Merdeka. Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga pada tahun 1956, satu sistem ejaan rumi Melayu telah dipersetujui bersama yang dinamakan Sistem Ejaan Kongres.  Dalam perbahasan itu, telah digariskan kepada empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi, iaitu ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan.  Selain itu, peraturan ejaan hendaklah mudah dengan sistem fonologi diberikan keutamaan dan fonem hendaklah digambarkan dengans satu huruf sahaja.  Seterusnya, pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam.  Akhir sekali, kata – kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu.

No comments:

Post a Comment