Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 2 August 2012


Pembinaan Model


Pembinaan model boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu


• Menggunakan bahan konkrit (peringkat konkrit)
• Menggunakan perwakilan seperti gambar rajah (peringkat separa konkrit)
• Menggunakan simbol matematik (peringkat abstrak)



      Dalam  penyelesaian  masalah  matematik  sekolah  rendah,  pembinaan  perwakilan  /model dengan menggunakan simbol algebra belum diperkenalkan kerana ia melibatkan pemikiran
yang abstrak. Penggunaan bahan konkrit sebagai perwakilan /model sesuai untuk membantu pelajar menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik. Walaubagaiman pun, ia tidak dapat dilaksanakan apabila pelajar menyelesaikan masalah dalam situasi tanpa bahan konkrit yang sesuai  atau  tidak  boleh  menggunakan  bahan  konkrit  (misalnya  menyelesaikan  masalah matematik  dalam  peperiksaan).  Oleh itu,  pembinaan  model  dengan  menggunakan  gambar rajah sesuai digunakan untuk membantu pelajar mewakilkan bahan-bahan konkrit yang mereka gunakan semasa menyelesaikan masalah pada peringkat konkrit. Perwakilan menggunakan gambar rajah dapat membantu pelajar memindahkan kefahaman pada peringkat konkrit ke
peringkat abstrak.  

No comments:

Post a Comment