Sistem Ejaan Za’ba
Menurut
Sejarah Sistem Ejaan melalui laman sesawang (2011/http://thememoirsofastorytellers.blogspot.com/2010/11/sejarah-sistem-ejaan-bahasa-melayu_17.html),
Sistem
Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu
yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949. Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (
Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang
terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.
Sistem ejaan in juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa
beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan
Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I ( 1926 ),
Pelita Bahasa Melayu Penggal I ( 1941 ) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi – Rumi
) ( 1949 ) dengan judul “Petua –
petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh Za’ba. Lantaran itu, sistem ejaan ini telah
dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah – sekolah
dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50 – an sebelum digantikan dengan
Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972. Ketika itu juga, Ejaan Fajar Asia juga turut
digunakan. Sistem ejaan berkenaan juga
telah digunakan sebagai ‘Ejaan Sekolah’ yang sebenar. Dalam sistem ejaan ini dikatakan mempunyai
pengaruh transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan banyak
kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau konsisten yang menganggu
pengguna Bahasa melayu.
Selain
itu, Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana
ianya hanya melambangkan bunyi – bunyi bahasa Melayu melalui huruf – huruf rumi
yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf
jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi – bunyi yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Maka, grafem dan tanda – tanda
baru telah digunakan untuk mencukupkannya.
Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>, <kh>,
<sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>, dan tanda – tanda
seperti < ‘>, < ’> adalah untuk melambangkan bunyi – bunyi yang
dilambangkan oleh huruf – huruf Jawi seperti < a’ in> dan < hamzah
>. Dalam penggunaan partikel
<pun> dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. Sebagai contoh, <ada pun>, dan <atau
pun>. Za’ba tidak menggunakan tanda
sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana –
mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.
Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai tiga
bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf ‘bunyi berkait’ iaitu bunyi
– bunyi <ai>, <au>, dan <oi>,
No comments:
Post a Comment