Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 2 August 2012


 Sejarah Ejaan Rumi
 Sistem Ejaan Wilkinson
 Menurut Sejarah Sistem Ejaan melalui laman sesawang (2011/http://thememoirsofastorytellers.blogspot.com/2010/11/sejarah-sistem-ejaan-bahasa-melayu_17.html), Sistem Ejaan Wilkinson adalah perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu.  Sistem ini juga telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri – negeri Bersekutu iaitu negeri Selangor, Perak, Pahang, dan negeri Sembilan pada tahun 1902 dengan mewujudkan sebuah Jawantankuasa Ejaan yang  dianggotai oleh beberapa orang pegawai tinggi seperti En. H. Conway Belfield            ( Pemangku Residen British, perak ), En. D. G. Campbell ( Pemangku Residen British, Selangor ) dan En. R. J. Wilkinson ( Nazir Sekolah – sekolah Melayu, Negeri – negeri Melayu Bersekutu ) selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan.  Tugas jawatankuasa ini adalah mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi.  Sistem Ejaan Wilkinson ini juga bertujuan untuk memperkemaskan ejaan – ejaan sebelumnya seperti Sistem Marsden ( 1812 ) dan Shellaber ( 1901 ).  Sistem ejaan ini telah digunakan di dalam kamus Romaised malay Spelling atau dikenali sebagai Sistem Ejaan Wilkinson.  Sistem inilah merintis kepada kewujudan Sistem Ejaan Sekolah – sekolah umum.
            
       Selanjutnya, Sistem Ejaan Wilkinson ini juga mengambil pendekatan transliterasi daripada jawi kepada rumi sebagai kaedah perumian bunyi – bunyi Melayu.  Wilkinson menyatakan bahawa terdapat dua jenis sistem yang logik bagi perumian Bahasa Melayu iaitu perumian secara harafiah dan perumian secara fonetik.  Perumian secara harafiah menurut ejaan atau lebih dikenali sebagai translitersi yang bermaksud pengambilan huruf – huruf rumi tertentu yang diterima.  Dalam sistem jenis ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.  Antara kebaikan sistem ini ialah sistem ini dapat menjurus kepada keseragaman dengan bermaksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis.  Manakala, kelemahan bagi sistem ini pula ialah sistem vokal bahasa Arab tidak mencukupi untuk disepadukan dengan bunyi – bunyi vokal Melayu serta huruf – huruf yang tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi – bunyi vokal Melayu serta huruf – huruf yang tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi ( fonetik ) yang sebenar.
           
      Manakala, perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata.  Sistem ini adalah sukar untuk membunyikan bunyi – bunyi Melayu yang sebenar daripada huruf–huruf arab yang melambangkan sistem bunyi yang berlainan.  Sebutan bahasa Melayu yang mengikut dialek memberi kesan sesuatu kata dirumikan secara berbeza.  Kejayaan ejaan juga sangat bergantung kepada individu ( penulis ) dan ini akan mengakibatkan kesukaran untuk mendapat keseragaman dalam bentuk penulisan.  Kaedah transliterasi yang digunakan dalam sistem ejaan ini adalah sistem fonetik rough – and ready yang didasarkan prinsip Hunterian ( bunyi vokal tengah, pepet ) tidak wujud dalam rumi kerana tiada dilambangkan dalam jawi.  

No comments:

Post a Comment