Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 2 August 2012


Pengenalan penyelesaian masalah


Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga  merupakan  bentuk  pembelajaran  pada  tahap  yang  tertinggi  (Gagne,  1985).  Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian
masalah,  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi  dalam  kurikulum  matematik  serta mengaplikasikan  pelbagai  strategi  penyelesaian  masalah  matematik  dalam  konteks  yang berbeza.


Dalam kurikulum matematik KBSR, penyelesaian masalah merupakan salah satu daripada lima tunjang  (five  pillars)  utama  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  matematik  di  sekolah.
Penyelesaian masalah merupakan kemahiran matematik uatama yang harus diperkembangkan di  kalangan  pelajar.  Dalam  latihan  keguruan  di  Institut,  penyelesaian  masalah  matematik merupakan salah satu daripada komponen yang penting dan wajib diambil oleh semua guru pelatih  yang  mengambil  mata  pelajaran  major  atau  minor  matematik.  Pengetahuan  dan kemahiran  pengajaran  penyelesaian  masalah  matematik  diharapkan  dapat  diaplikasikan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

No comments:

Post a Comment