Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 2 August 2012


PENGENALAN KESEDARAN RUANG 

      Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk, dan perkaitan yang ujud antara pelbagai jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di persekitarannya.

     Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai  bentuk geometri yang terdapat dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi.

      Sebagai guru matematik, kita  perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

No comments:

Post a Comment