Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 2 August 2012

Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa


Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia ( SERBBM ) atau Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia

            Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi. Timbul berbagai – bagai jenis sistem ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di  samping Ejaan Universiti Kebangsaan, Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah.  Akhirnya, pada tahun 1972, diadakan pertemuan antara Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi membincangkan masalah bahasa di kedua – dua buah negara.  Hasil pertemuan tersebut, wujudlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia ( SERBBM ) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan bagi negara Indonesia.  Sistem ejaan ini ialah hasil perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan.  Sistem ejaan tersebut telah diisytiharkan penggunaannya di kedua – dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara serentak.

            Selain itu, SERBBM mengandungi maklumat tentang abjad Rumi, perlambangan vokal, perlambangan diftong, penulisan kata depan, penulisan partikel, penilisan kata ganti singkat, penulisan penulisan kata majmuk dan penulisan kata ulang.  Pada tahun 1975, Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia ( MABIM ) telah berjaya menyusun Pedoman Ejaan  yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yang lebih lengkap.  Versi bahasa Malaysia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan versi bahasa Indonesia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia.  Kedua – dua Pedoman Ejaan ini telah diisytiharkan penggunaannya oleh kedua – dua buah negara pada 31 Ogos 1975 secara serentak.  Senarai lengkap ejaan Edisi Pertama telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981, diikuti dengan Edisi Kedua pada tahun 1988.

No comments:

Post a Comment