Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 2 August 2012


Selepas Merdeka
            Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid, et al. (1997), bahasa Melayu mula mengalami perubahan secara perlahan – lahan tetapi pasti untuk menuju kepada bentuk yang baru iaitu bahasa Melayu moden.  Peluang untuk menuju ke arah ini semakin cerah apabila menjelang abad ke – 20 M.  Prosesnya berjalan lancar. Negeri – negeri dan Kesultanan Melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negeri terutama yang berhubung dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.  Untuk memajukan dan meningkatkan kemampuan bahasa Melayu dalam mengahadapi zaman moden yang penuh dengan cabaran, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu.  Antara langkah – langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. 
Dari catatan sejarah Pakatan Belajar – Mengajar Pengetahuan Bahasa ( tertubuh pada tahun 1888 yang kemudian berubah namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ) atau lebih dikenali dengan singkatan Pa. Ba. Mim. Pa. Ba telah memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda baca, surat kiriman, karangan, peristilahan dan lain – lain.  Kemudian barulah timbul perancang – perancang daripada persatuan dan badan – badan lain, dan akhir sekali badan – badan dan lembaga – lembaga yang dikendalikan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi – institusi Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan dan lain – lain.  Dengan adanya usaha – usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras bahasa dan sebagainya.
            Seterusnya, pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan dan hasilnya, bahasa Melayu terus meningkat maju kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi – institusi pengajian tinggi, dalam tulisan – tulisan ilmiah dan pada kesempatan – kesempatan yang lain.  Penggunaan bahasa Melayu semakin meningkat lagi apabila diadakan kerjasama kabahasaan terutama antara Malaya dengan Indonesia yang dimulai pada tahun 1959, dan kemudian diperkukuhkan lagi pada tahun 1972 apabila diwujudkan Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia ( MBIM ).  Pada tahun 1985 kedudukannya semakin maningkat lagi apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia ( Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, ), dan Singapura menjadi negara pemerhati yang setia.
            Akhir sekali, peningkatan mutu bahasa Melayu semakin terserlah apabila bahasa ini digunakan dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi, iaitu universiti.  Jurnal – jurnal institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juga di Indonesia. Di luar daerah dunia Melayu, bahasa dan kesusteraan Melayu juga berkembang melalui kajian – kajian yang dibuat di pelbagai institusi seperti di Universiti Moscow, Rusia dan lain – lain.    

No comments:

Post a Comment