Melalui laman sesawang (2011/http://www.scribd.com/doc/24984776/
KEMAHIRAN-BERTUTUR), pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Kemahiran bertutur yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak sama dengan pembelajaran tentang penghasilan ujaran. Penghasilan ujaran merupakan bidang kajian fonetik dan fonologi, iaitu kajian yang menghuraikan cara alat artikulasi manusia seperti lidah, bibir, lelangit, gigi dan lain-lain berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Sebaliknya, bertutur ialah kegiatan melafaz dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Dengan kata lain, bertutur merupakan proses yang berkaitan dengan penghasilan dan persepsi bunyi yang dilafazkan secara lisan.
Antara konsep-konsep umum tentang bertutur iaitu, bertutur ialah keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Selain itu, bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Di samping itu, bertutur bermaksud penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Akhir sekali, bertutur merujuk kepada aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.
Secara tuntasnya, konsep kemahiran di sekolah merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonansi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
No comments:
Post a Comment