Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday 21 September 2011

teori analisis komponen

analisis perkataan bunga
Kata ‘bunga’ telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri.  Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar.  Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini.  Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.
Selain itu, cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu.  Contoh perkataan seperti ‘makanan’ boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :
Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran
+ berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat
- lemak + lemak - lemak - lemak
+ tenaga - tenaga + tenaga + tenaga

No comments:

Post a Comment