Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 22 September 2011

teks taklimat


MUZIUM NEGARA
Oleh
Kurator Muzium


Terima kasih saudara pengerusi Majlis yang dihormati, Puan Siti Khadijah binti Ismail, Guru Besar sekolah Kebangsaan Larut Matang, Yang dikasihi Guru penasihat Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini, Cikgu-cikgu dan ahli-ahli persatuan berkenaan. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya selaku Kurator Muzium Negara, terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini sudi menjemput saya untuk memberi sedikit maklumat tentang Muzium Negara ini.

Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita meninjau kembali sejarah Muzium Negara ini. Muzium ini terletak di jalan Damansara, Kuala Lumpur dan merupakan peneraju pemuziuman di Malaysia. Muzium Negara telah inspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama dengan berlatar belakang identiti negara dan siap pada 1961. Muzium ini merangkumi empat balai pameran utama. Seterusnya marilah kita bersama-sama menonton video mengenai Muzium Negara.

Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya, koleksinya ditumpukan kepada bahagian zoologi, herbarium, arkeologi dan ethnologi. Sehingga kini, muzium ini mempunyai koleksi lebih kurang 127 ekor binatang, lima rangka binatang, 637 ekor burung, 117 jenis ikan dan 15 reptilia. Bahagian herbarium mengandungi 200 batang pokok, bahagian ethnologi pula mempunyai 412 buah barang dan bahagian arkeologi pula mempunyai 107 barang-barang batu.

Pada masa sekarang, muzium ini sedang mengadakan pameran senjata zaman zaman batu dan setreusnya akan mengadakan Hari Muzium Terbuka yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2011. Para hadirin dijemput hadir. 

Para hadirin sekalian,

Setelah kita melihat muzium dari sudut sejarah dan sedikit aktivitinya, sekarang kita beralih pula kepada fungsi Muzium Negara ini. Muzium ini berfungsi sebagai sebuah institusi yang menjalankan aktiviti-aktiviti menyelamat, melindung dan memelihara segala warisan kebudayaan bangsa daripada luput ditelan zaman. Ini dilaksanakan dengan mengadakan penyelidikan, pungutan dan pemuliharaan.

Muzium ini juga berfungsi sebagai penyebar warisan kebudayaan kepada umum menerusi pameran, khidmat lawatan bersepadu dan penerangan umum seperti ini yang sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk pengetahuan semua, pihak kami tidak mengenakan apa-apa bayaran ketika melawat muzium ini. Muzium ini juga dibuka setiap hari kecuali pada hari pertama Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Negara. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment