Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday, 21 September 2011

pengantar pengurusan

Google: Sejarah Ringkas Penilaian

'via Blog this'
Penilaian bukanlah perkara baru dalam pendidikan dan pengurusan Cuma pengertian dan fungsi yang sebenarnya sahaja yang baru diketahui oleh orang ramai. Negeri China sudah mula menggunakan aktiviti penilaian ini sejak 2000 tahun B. C. apabila perkhidmatan awamnya mengelolakan peperiksaan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa untuk melihat kecekapan, kemahiran dan kematangan berfikir pegawai-pegawai dan kakitangan biasa dalam sektor awam. (Worthen and Sanders, 1987). Hasil dari penilaian ini digunakan oleh perkhidmatan awam China sebagai asas pertimbangan untuk bertujuan kenaikan pangkat, perubahan tangga gaji dan pertukaran jawatan. Kekerapan penilaian ini bergantung pada keperluan sama ada sekali dalam tempoh lima tahun. cara ini didapati berkesan kerana penilaian itu berupa kayu pengukur bagi mengenal pasti kecekapan, kemahiran serta kematangan personalia perkhidmatan awam mereka.

Selain dari negeri China ahli-ahli falsafah Greek terutamanya Socrates (463-399 B. C.), Plato (427-347 B. C.) dan Aristotle (384-322 B. C.), menggunakan penilaian ahli-ahli falsafah Greek ini dikendalikan secara tidak formal tetapi aktiviti ini sama tujuanya iaitu untuk mengetahui pencapaian para pelajar, mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran dan mempastikan sama ada bahan yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini sesuai untuk mencapai keberkesanan yang menyeluruh.

Penilaian secara formal bermula di Amerika Syarikat dalam pertengahan abad ke-19. Sebelum tahun 1837 pendidikan di Amerika Syarikat sepenuh-penuhnya di bawah kelolaan dan penyeliaan pihak Gereja Catholic (Katz, 1973). Guru-guru terdiri dari paderi-paderi Catholic. Kurikulum pembelajaran disusun oleh paderi-paderi Catholic dan sudah pastinya menjuruskan pada agama Kristian Catholic. Pemilihan mata pelajaran ditentukan oleh sukatan pelajaran yang diatur oleh para padri ini. Pelajar-pelajar menerima apa-apa yang sudah disediakan oleh kurikulum dan sukatan pelajaran tanpa diberi peluang memilih mata pelajaran mana yang mereka minati. Peraturan ini disebut sebagai “subject centred” berbanding dengan “student centered” yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat pada hari ini.

Bermula dari tahun 1837 perubahan besar telah berlaku dalam peraturan pendidikan Amerika Syarikat. Perubahan ini dibawa oleh beberapa orang pembaharuan dalam pendidikan di antaranya ialah John Dewey, William Torrey Harris, Horace Mann dan Joseph Rice. Para pembawa pembaharuan pendidikan Amerika Syarikat ini beranggapan bahawa peraturan pendidikan tidak semestinya terlalu mengongkong di mana pelajar-pelajar tidak berpeluang membuat pilihan dalam pendidikan. Sebaliknya para pembawa pembaharuan ini berpendapat bahawa pelajar-pelajar harus diberi kelonggaran dalam menentukan pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar sebaik-baiknya diberikan kesempatan memilih mata pelajaran yang mereka hendak pelajari dan susunan mata pelajaran mana yang didahulukan dan dikemudiankan mengikut cita rasa serta kemampuan para pelajar masing-masing. Pelajar-pelajar juga diberi kesempatan menentukan bilangan mata pelajaran yang dipelajari pada tiap-tiap semester (Sulaiman Shamsuri, 1990). Peraturan ini dikenali sebagai “student centered” dalam pembelajaran.

Perubahan dalam pendidikan ini memerlukan pemantauan dari pihak berkuasa pendidikan. Berpunca dari perlunya pemantauan dalam pembelajaran ini maka wujudlah suatu “instrument” yang kemudianya disebut “Educational Evaluation” atau penailaian pendidikan. Kesimpulan yang dapat dipetik di sini ialah bahawa penilaian secara formal bermula di Amerika syarikat. Ia khusus berkaitan dengan pendidikan iaitu pembelajaran dan pengajaran. Kesimpulan ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa hasil kerja penilaian pendidikan di benua tersebut. Di antaranya ialah William Torrey Haris yang memperkenalkan suatu kaedah mengumpul data berhubung dengan pemilihan mata pelajaran oleh para pelajar. Dalam tempoh di antara tahun 1838 hingga 1850, Horace Mann menyediakan dua belas laporan tahunan untuk tindakan “Board of Education of the Commonwealth of Massachusetts”. Laporan-laporan ini semuanya berkaitan dengan keperluan pendidikan. Pada tahun 1845 “the Boston Committee” memperkenalkan “Boston Survey” iaitu instrument menilai prestasi para pelajar dalam mata pelajaran ilmu alam, bahasa, sejarah, falsafah, kaji bintang, tulisan dan mathematic. Kemudian pada tempoh 1895-1905 Joseph Rice menganjurkan kaedah penilaian pendidikan yang hampir sama dengan Boston Survey untuk kebanyakan sistem pendidikan di seluruh negara. (Worthen and Sanders, 1987).

Pada hari ini penilaian secara formal tidak terhad pada bidang pendidikan sahaja. Sebaliknya penilaian mustahak bagi apa jua perkara termasuk produk, sistem, prosedur, program, mesin dan manusia. Ini adalah kerana penilaian itu penting untuk mengetahui keberkesanan dan kecemerlangan benda yang dinilai itu. Oleh yang demikian jua bendayang dikehendaki dalam keadaan cemerlang perlu dinilai dari semasa ke semasa. Tegasnya, penilaian menjamin kecemerlangan dan keberkesanan perkara yang disasarkan dalam sesebuah organisasi yang berkenaan. Atas dasar ini maka tiap-tiap organisasi yang mahukan kejayaan mesti melaksanakan aktiviti menilai dari semasa ke semasa. Manakala orang-orang yang dahagakan kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing mesti tahu mengendalikan penilaian yang sistematik dan secara profesional.

No comments:

Post a Comment