Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 22 September 2011

faktor fizikal

Faktor fizikal ada beberapa cabang faktor yang berhubung kait dengannya.  Antara cabang-cabang faktor bagi faktor fizikal ialah alat pendengaran.  Masalah pada alat pendengaran, iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau dalam istilah lain disebut sebagai pekak.  Penyakit pekak berlaku kerana kerosakan pada gegendang telinga yang berperanan penting dalam menerima dan menyerap sebarang bunyi luaran.  Kanak-kanak yang pekak sejak kecil lagi menyebabkan mereka tidak boleh bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar sebarang bunyi bahasa.  Hal yang demikian, akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di kelas khas bagi membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat.
Akhir sekali, faktor alat pertuturan.  Masalah pada alat pertuturan merujuk kepada ketidakupayaan alat artikulasi seseorang berfungsi dengan baik bagi menuturkan ujaran.  Kerosakan pada artikulasi menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap.  Hal demikian, termasuklah keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit.  Situasi ini memberikan impak kepada aktiviti bertutur kanak-kanak tersebut.  Secara kebiasaannya, individu yang mengalami masalah pendengaran juga turut mengalami kesulitan dalam pertuturan.  Manakala, bagi individu yang gagap atau sumbing, masih lagi boleh bertutur dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain dengan cara yang tersendiri.  Bagi kanak-kanak yang bisu pula, mereka ditempatkan di kelas khas untuk menguasai dan mempelajari cara menyampaikan bahasa dengan menggunakan bahasa isyarat untuk digunakan dalam proses komunikasi.
Kesimpulannya, alat pendengaran dan alat pertuturan amat penting dalam mengujarkan bunyi bahasa.  Seseorang yang mempunyai masalah dengan alat pendengaran dan alat pertuturan pasti akan mengalami kesulitan dalam menghasilkan bunyi bahasa.

No comments:

Post a Comment