Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.
No comments:
Post a Comment