Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday, 21 September 2011

Kajian Cerpen menggunakan teori imejan

Kajian Cerpen
Tajuk Cerpen : Pohon Emas
Pengarang : Wahba
Muka Surat : 68 - 72
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun Terbitan: Mac 2010

Sinopsis
            Dalam cerpen “Pohon Emas” yang dikarang oleh Wahba mengisahkan tentang kehidupan penduduk kampung berlumba-lumba untuk melihat Pohon Emas di kampung mereka.  Di kampung itu ada seorang Perempuan Tua yang meminta jalan kepada penduduk kampung.  Namun, semua orang berebut untuk menghampiri pohon tersebut, suara Perempuan Tua itu langsung tidak dipedulikan oleh penduduk kampung.  Perempuan Tua itu terus meminta jalan dan terus menyonsong.  Suasana yang hingar-bingar di tempat Pohon Emas, kedaan di tempat tersebut telah dipenuhi oleh penduduk yang masih hairan dengan kejadian aneh ini.  Perempuan Tua itu terus meminta jalan dan meminta ihsan daripada penduduk kampung.  Namun begitu, tidak seorang pun yang mahu tampil untuk membantunya. Seorang Lelaki Gemuk berkepala separuh botak berteriak dan menyatakan kejadian aneh iaitu Pohon Emas ini membawa tuah dan rezeki kepada Perempuan Tua kepada penduduk kampung.  Lantangan suara Lelaki Gemuk disampuk oleh Perempuan Tua dan tempiknya bahawa Pohon Emas itu membawa kecelakaan.  Semua orang bersorak bersama Lelaki Gemuk dan menyatakan Pohon Emas itu rahmat daripada tuhan.  Perempuan Tua terus meluru ke hadapan dan mengangkat tangannya ke atas.  Semua orang bersorak kehairanan melihat kelakuan Perempuan Tua dengan pandangan jelek dan hina.  Sehinggakan ada seorang pemuda sanggup menanya sambil menuding ke mukanya.  Perempuan Tua terus meminta jalan dan ingin memberitahu sesuatu kepada penduduk Kampung Sri Gading.  Semua orang langsung tidak berganjak, kilauan Pohon Emas melekakan hati penduduk Kampung.  Perempuan Tua bertempik dan menanyakan kepada penduduk kampung tentang Kampung tentang permintaanya untuk meminta jalan yang tidak mendapat reaksi daripada penduduk kampung.  Nilai murni langsung tidak ada dalam situasi ini, sikap biadab orang muda semakin melampaui batas sehinggakan muka Perempuan  Tua itu ditonyoh-tonyoh dan ditolak sehingga jatuh ke tanah.  Semua orang menyatakan bahawa mereka akan menjadi kaya dan bersepakat untuk membahagi-bahagikan Pohon Emas tersebut.  Perempuan bersuara lagi dan melarang dengan memberitahu Pohon Emas itu berpuaka.  Lelaki Gemuk marah dan tidak mahu mendengar cakap Perempuan Tua.  Penduduk kampung bersorak bersatu sehati untuk menghukum Perempuan Tua supaya dicampakkan di laut.  Perempuan Tua didukung Lelaki Gemuk, tiba –tiba muncul seorang Lelaki Gemuk Berjambang meminta Perempuan Tua diletakkan semula ke tanah.  Namun, begitu selepas kejadian itu Perempuan Tua dan Lelaki Gemuk Berjambang tiba-tiba hilang daripada pandangan, semua orang bersorak keriangan, semua wanita mendedahkan aurat mereka.  Seorang wanita mula ingin menghampiri Pohon Emas tiba-tiba disambar cahaya dari Pohon Emas.  Lalu wanita itu rebah dan pengsan.  Semua orang hairan melihat kejadian itu dan menganggap Pohon Emas telah disihir oleh Perempuan Tua.  Langkah yang diambil untuk memusnahkan sihir itu Si Kurus mencadangkan untuk meminta pertolongan daripada Dukun Alam.  Lelaki Gemuk dan Si Kurus ke Bukit Wangsa untuk berjumpa Dukun.  Dalam Kampung Sri Gading ada seorang Penghulu yang warak dan ingin mengundurkan diri kerana penduduk kampung yang semakin sesat dari ajaran agama.  Tampuk kepimpinannya digantikan oleh Lelaki Gemuk.  Dukun bermenditasi dengan asap kemenyan, menjampi Pohon Emas, membilang tasbih jampi, dan membaca mentera.  Keesokannya hari, satu pesta diadakan di Kampung Sri Gading, semua binatang seperti ayam, lembu, kambing disembelih dan diratah.  Wanita menari-nari, Dukun Alam melutut di hadapan Pohon Emas.  Semua orang tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan Pohon Emas, setelah Dukun Alam memberitahu penduduk Pohon Emas boleh dibahagi-bahagikan.  Tanpa melengah-lengahkan masa semua penduduk kampung meluru ke arah Pohon Emas untuk mendapatkan kekayaan.  Dalam situasi ini telah berlakulah satu tragedi yang amat dahsyat dan melibatkan pertumpahan darah.  Pengakhiran semua ini, Pohon Emas tetap subur, kukuh di bumi Kampung Sri gading, tanah dibasahi darah, dan banyak mayat yang bergelimpangan di tanah.



No comments:

Post a Comment