Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday, 21 September 2011

kesimpulan semantik

Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah.  Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks.  Dalam hal ini ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul dalam perbualan.  Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan dengan memilih denotasi.  Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak pendengar.
            Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar, malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang tertentu.  Kata ‘mengandung’, ‘hamil’, dan ‘bunting’ mempunyai nilai emotif dan digunakan pada orang yang tertentu.  Demikian juga jika kita berkata “Diam! Jangan bising!” bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih rendah daripada kita.  Sebaliknya, jika kita berkata “Tuan-tuan dan puan-puan diminta bertenang” bermakna orang yang kita hadapi itu dianggap sedarjat tingkat sosialnya.
            Secara kesimpulannya, setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Namun begitu, rumusan yang dapat dibuat semasa melakukan kajian teori semantik, iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan makna sesuatu kata mengikut imej yang hadir di dalam minda kita.  Teori imejan merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna sesuatu kata berdasarkan kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam proses memberi makna kepada perkataan tersebut.  Namun demikian, terdapat kelemahan dalam teori ini yang hanya menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan.  Hal ini kerana pendapat atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah berbeza dari segi pemberian makna.  

No comments:

Post a Comment