Menurut Anuar melalui laman sesawang (2009/http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html), sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami. Selain itu, intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu. Seterusnya, kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius. Akhir sekali, kefasihan yang bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.
Secara kesimpulannya, aspek-aspek pertuturan seperti sebutan, intonasi, kelancaran dan kefasihan boleh mempengaruhi penguasaan berbahasa seseorang dan aspek-aspek ini amat penting bagi memastikan seseorang itu boleh berbicara atau berinteraksi antara satu sama lain semasa proses berkomunikasi sedang berjalan.
No comments:
Post a Comment