Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday 21 September 2011

faktor yang mempengaruhi pertuturan

Melalui laman sesawang (2011/http://www.scribd.com/doc/24984776/ KEMAHIRAN-BERTUTUR),  menyatakan  ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan, iaitu faktor kecerdasan: ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.  Selain itu, faktor kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Seterusnya, faktor fizikal: pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.  Selanjutnya, faktor alam sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Akhir sekali, faktor jantina: melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Antara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang ialah faktor fisiologi, faktor fizikal dan faktor persekitaran.

No comments:

Post a Comment