Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday, 29 September 2011

Pengenalan Kajian Flora Dan Fauna

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.  Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.  Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.  Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Selain itu, pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.  Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.  Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam, iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, dan pencemaran sungai dan kolam
Seterusnya, konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.  Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur.  Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.  Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.  Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Akhir sekali, pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup.  Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi.  Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini.  Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin meningkat.  Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perlu diambil serius selagi masih ada masa.

No comments:

Post a Comment