Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday 21 September 2011

sistem ejaan bahasa melayu baharu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), huruf  rumi juga dikenali sebagai huruf Latin.  Aksara Latin merupakan satu sistem atau satu kaedah penyampaian mesej atau sesuatu maklumat yang ditandai oleh sesuatu simbol.  Simbol tersebut mempunyai makna yang tersendiri mengikut kefahaman pihak pembacanya untuk mentafsirkan simbol bahasa tadi.  Tulisan yang menggunakan aksara Latin ini mempunyai pengaruh yang meluas dalam ilmu penulisan di dunia kerana kebanyakkan negara – negara di dunia menggunakan sistem tulisan yang menggunakan aksara Latin ini.  Istilah rumi berasal daripada perkataan Romawi  yang digunakan dalam bahasa Arab, yang merujuk kepada empayar Rom pada masa dahulu.  Istilah rumi digunakan itu bermaksud abjad yang digunakan oleh empayar Rom yang merupakan pelopor bagi bahasa Latin. 
Secara asasnya, huruf rumi mengandungi 26 huruf yang bermula daripada A hingga Z.  Huruf – huruf ini digunakan dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian oleh kebanyakan bahasa di dunia seperti Eropah, Amerika, Afrika, Kepulauan Pasifik dan Kepulauan Melayu.  Setiap konsonan dalam abjad rumi disebut sama seperti konsonan dalam bahasa Latin.  Pada abad ke – 17, semasa penjajahan dan pencerobahan British dan Belanda begitu meluas, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke bahasa Latin.  

No comments:

Post a Comment