Kajian terhadap cerpen yang dipilih dengan menggunakan Teori Imejan. Teori Imejan merupakan satu kajian makna yang berupa imej atau gambaran seseorang tentang perkataan melalui proses pemahaman yang berbeza-beza mengikut status sosial, iaitu tahap pengetahuan terhadap sesuatu benda atau makna ungkapan perkataan yang telah dibaca, diujarkan oleh seseorang untuk ditafsirkan melalui pengamatan pemahaman tersendiri. Segala perbezaan akan wujud jika imej atau pandangan dalam mengertikan kata tertentu kepada sesuatu yang lebih bermakna berlainan mengikut individu. Dalam cerpen “Pohon Emas” hasil karya Wahba banyak memainkan imej atau gambaran sesuatu kata yang mungkin mempunyai makna yang tertentu mengikut tahap kefahaman seseorang dalam melahirkan atau menzahirkan maksud sesebuah kata yang difahami. Antara berikut merupakan ayat-ayat atau perkataan yang dipilih untuk dikaji dalam sudut kajian makna atau semantik dengan menggunakan teori imejan:
“Semua mahu ke hadapan”
(Muka Surat 68: Perenggan 1)
Ayat di atas menerangkan perkataan “semua mahu ke hadapan”. Setiap perkataan boleh ditafsirkan mengikut pengetahuan seseorang atau anggapan seseorang bagi setiap perkara yang difahaminya. Dalam konteks ayat di atas, “semua mahu ke hadapan” kemungkinan ada orang memahami ayat ini menerangkan tentang semua perkara atau benda mahu beralih dari tempat ke suatu tempat yang baru. Tetapi maksud sebenar ayat tersebut ialah perbuatan manusia yang ingin menuju ke satu arah tempat lebih dekat dengan sesuatu benda yang ingin dilihat.
“Berikan aku jalan"
(Muka Surat 68: Perenggan 2)
Konteks ayat di atas memperlihatkan sesuatu perkataan yang membawa banyak makna mengikut pengamatan seseorang terhadap imej kata yang difahami melalui tanggapan, pemahaman, dan perluahan makna kata dari otak manusia. Ayat di atas mungkin membawa makna lain kepada seseuatu makna yang lain mengikut pengamatan dan pemahaman seseorang. Maksud ayat mungkin membawa makna seseorang yang ingin jalan itu diberikan kepadanya untuk dijadikan hak milik kekal atau menuntut jalan supaya diberikan kepadanya. Berbeza pula dengan maksud sebenar ayat di atas, mungkin bermaksud seseorang yang ingin melalui sesuatu jalan yang penuh sesak dengan manusia dan meminta laluan daripada mereka agar dia dapat melalui jalan tadi dengan senang tanpa tersekat-sekat.
“tidak ada siapa yang mahu memberikan jalan”
(Muka Surat 68: Perenggan 3)
Ayat di seterusnya mungkin membawa maksud yang banyak dan bersifat kefahaman individu. Ayat di atas mungkin dapat diertikan sebagai satu situasi di mana seseorang yang mahu memberikan dia ruang untuk melanjutkan seseuatu bidang dan dia dikongkong oleh orang sekelilingnya sehinggakan dia dilarang untuk melakukan apa-apa perkara baru yang ingin diceburinya. Manakala, maksud lain bagi ayat di atas mungkin merujuk kepada satu keadaan di mana keberadaan seseorang individu yang meminta laluan untuk melintas dan menuju ke satu destinasi dengan menggunakan jalan tersebut, tetapi permintaan individu tersebut untuk meminta laluan tidak dipedulikan oleh orang yang menyekat laluanya itu.
“Leher memanjang bagai bangau-bangau”
(Muka Surat 68: perenggan 3)
Konteks ayat di atas menerangkan satu ayat yang penuh imej yang pelbagai tetapi hal ini hanya dapat difahami oleh individu tersebut terhadap kata yang dikaji melalui gambaran yang digambarkan di dalam kotak pemikirannya. Leher seseorang mungkin panjang macam bangau kerana mengalami kecacatan semasa dalam kandungan atau mungkin leher yang panjang itu mempunyai cabang-cabang kerana kata ganda “bangau-bangau” yang melihatkan ciri leher yang sedemikian rupa. Makna sebenar bagi ayat di atas ialah merujuk kepada ciri peribahasa yang digunakan ke dalam penyampaian mesej, iaitu situasi yang berlaku sebenarnya berkenaan penumpuan untuk melihat sesuatu perkara sehinggakan sanggup menjenguk-jengukkan kepala sehingga leher mula ditinggikan untuk mencapai tahap penglihatan terhadap benda yang ingin diamati tersebut.
“Suaranya hilang di tengah kariuhan”
(Muka Surat: 68: Perenggan 4)
Ayat selanjutnya ini merupakan situasi berlakunya sesuatu kejadian ataupun sesuatu perkara yang hanya diketahui oleh mana-mana pihak yang memahami maksud atau makna tersirat di sebalik penggunaan kata yang digunakan untuk menggambarkan imej sebenar perkara tersebut mengikut pemahaman terhadap imej kata yang berkenaan. Mungkin perkataan di atas boleh membawa maksud yang tertentu iaitu satu situasi yang menggambarkan tentang seseorang yang baru saja kehilangan suaranya yang hilang atau tercicir semasa dalam keriuhan berlaku di tempat kejadian. Manakala pengertian yang lain bagi ayat di atas ialah satu kejadian yang berlaku di dalam keriuhan, seseorang yang hanya mampu terdiam seketika kerana suasana yang bising dan penuh keriuhan masyarakat sekeliling.
“Suara manusia haloba”
(Muka Surat 68: Perenggan 4)
Konteks ayat berikutnya memberikan satu makna yang berbeza-beza di antara pemikiran seseorang tentang ayat di atas. Kemungkinan ayat tersebut boleh diertikan sebagai satu situasi di mana berlakunya satu kejadian yang aneh iaitu, suara manusia mempunyai sifat-sifat haloba yang sombong dan bongkak, seolah-olah suara itu mempunyai nyawa, tubuh, dan kesempurnaan seperti hidupan lain. Manakala maksud lain bagi ayat tersebut ialah satu situasi yang digambarkan melalui sifat manusia yang haloba melalui percakapannya iaitu, manusia yang menggeluarkan kata-kata atau suara yang penuh sifat ketamakan melalui percakapan terhadap sesuatu benda yang ingin dimiliki.
“Perempuan Tua”
(Muka Surat 68: Perenggan 5)
Ayat yang selanjutnya ini mungkin memberikan gambaran yang agak kabur atau samar-samar atau yang mengelirukan seseorang yang ingin mengetahui makna kata tersebut. Ini kerana ayat tersebut memberikan gambaran yang berbeza mengikut penggambaran erti imej dalam sistem pemikiran seseorang terhadap kata. Kemungkinan besar ayat di atas merupakan nama khas seseorang kerana penggunaan perkataan yang digunakan pada awal katanya menggunakan huruf besar. Hal demikian mungkin berbeza dengan pendapat orang lain, mungkin ayat tersebut memberikan satu imej erti yang berkaitan dengan ciri-ciri fizikal seorang perempuan yang telah tua.
“Lelaki Gemuk berkepala separuh botak”
(Muka Surat 69: Perenggan 6)
Konteks ayat berikutnya mungkin membawa satu pengertian yang tidak logik kepada seseorang yang tidak mampu menggambarkan erti imej sebenar dan mungkin juga akan merasa hairan kerana ayat tersebut dimaksudkan dengan erti yang lain. Mungkin maksud ayat di atas membawa mesej yang digambarkan seorang lelaki yang bertubuh besar, berkepala separuh atau cacat kerana separuh kepalanya tidak ada. Hal demikian berbeza pendapat dengan orang yang mampu mengertikan makna yang sebenar ayat tersebut iaitu mungkin bererti seorang lelaki yang bertubuh besar daripada orang lain dan berambut separuh botak pada kepalanya.
“Dia mengangkat tangan ke udara”
(Muka Surat 69: Perenggan 7)
Ayat yang seterusnya mungkin menggambarkan perlakuan ataupun keajaiban. Hal ini kerana mungkin saja ayat di interprestasikan dan dilahirkan makna yang bercanggah dengan makna yang sebenar oleh seseorang yang kurang berkemahiran atau pengetahuan dalam bidang bahasa. Mungkin ayat di atas diertikan sebagai satu keajaiban yang berlaku kerana seseorang itu mampu mengangkat tangan orang lain ke udara atau mengapung-apung tangan tersebut tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Berbeza pula dengan orang yang mempu memahami makna sebenar ayat berkenaan ialah memperlihatkan perlakuan seseorang yang menghalakan ke arah atas iaitu, menghalakan pada pandangan atas kepala manusia.
“Mereka melihat jengkel”
(Muka Surat 69: Perenggan 9)
Konteks ayat di atas ini menggambarkan tentang satu situasi yang dapat digambarkan sebagai sesuatu objek atau perbuatan. Kemungkinan besar ayat di atas akan memberi maksud kefahaman tentang segolongan manusia yang melihat objek yang dinamakan sebagai jengkel. Manakala berbeza pula dengan pendapat orang lain yang dapat menagkap maksud tersirat dalam ayat ini iaitu, menerangkan perbuatan manusia atau naluri manusia yang melihat sesuatu benda atau perkara yang menjijikkan sehingga mereka tidak mahu menerima ataupun menghampirinya.
“Tuhan turunkan rahmat”
(Muka Surat 69: Perenggan 11)
Ayat seterusnya ini mungkin dapat digambarkan satu perbuatan ataupun satu pemberian yang mungkin selalu disalah ertikan dan mungkin dapat mengelirukan kepada segelintir orang kerana tidak dapat menggambarkan imej yang sebenar berkenaan ayat ini. Kemungkinan ayat ini dapat dimaksudkan sebagai satu perbuatan tuhan yang memerintahkan seorang manusia yang bernama rahmat untuk turun. Berbeza pula dengan pandangan orang yang dapat menggambarkan ayat di atas secara tepat dengan pengertian yang sebenarnya iaitu Tuhan memberikan sesuatu rahmat yang dapat diertikan sebagai rezeki kepada hambanya di muka bumi ini.
“Orang memandang dengan meluat”
(Muka Surat 69: perenggan 12)
Konteks ayat menegaskan tentang mungkin satu perbuatan ataupun satu objek yang dapat digambarkan oleh imej yang tergambar dalam kotak pemikiran masing-masing dan mengikut kefahaman serta penerimaan terhadap makna imej tersebut secara berbeza. Mungkin ayat seterusnya ini dapat diertikan sebagai satu keadaan seseorang yang memandang atau melihat sesuatu dengan menggunakan objek yang bernama meluat iaitu orang mengguna mata dan meluat untuk melihat sesuatu perkara. Perbezaan pasti ketara jika pentafsiran makna imej yang berbeza. Hal ini kerana kemungkinan ayat di atas menerangkan tentang tingkahlaku seseorang yang memandang ke arah tertentu dengan perasaan benci kepada perkara atau situasi tersebut.
“Seorang anak muda kurus tinggi”
(Muka Surat 69: Perenggan 13)
Ayat ini mungkin berupa pandangan atau ciri-ciri fizikal terhadap seseorang atau sebaliknya mengikut pandangan atau imej yang digambarkan semasa ingin memberi makna terhadap sesuatu kata. Kemungkinan ayat tersebut dapat diertikan sebagai ciri-ciri fizikal yang merujuk kepada kanak-kanak yang bertubuh kurus dan tinggi kerana ayat di atas mengatakan tentang anak muda, anak muda mungkin juga diertikan sebagai anak-anak yang dalam proses pembesaran. Hal ini berbeza dengan orang yang berpengetahuan mengenai imej kata yang diterangkan di atas, kemungkinan ayat di atas merujuk kepada ciri-ciri fizikal seorang anak muda atau dewasa yang bertubuhkan kurus dan tinggi.
“Lelaki Kurus di hadapannya ketawa”
(Muka Surat 69: Perenggan 18)
Konteks ayat seterusnya ini merupakan satu ayat yang mungkin membawa mesej yang berbeza-beza dalam ayat tersebut ada perkataan yang mungkin menimbulkan makna yang lain ataupun kekeliruan terhadap imej kata tertentu. Kemungkinan besar ayat di atas boleh digambarkan sebagai imej atau gambaran tentang seorang lelaki yang bertubuh kurus yang berada dalam satu situasi di mana ada seseorang yang ketawa dihadapannya. Hal ini mungkin berbeza dengan erti sebenarnya, mungkin juga ayat di atas bermaksud tentang keadaan Lelaki Kurus yang ketawa di depan orang lain.
“Pohon Emas itu sudah menyedut kemanusiaan”
(Muka Surat 69: Perenggan 21)
Ayat selanjut ini memaparkan satu imej kata yang mungkin menggambarkan satu makna yang terlalu jauh untuk diertikan bagi seseorang yang tidak memahami makna yang tersirat di sebalik imej kata tadi. Kemungkinan ayat di atas boleh digambarkan sebagai situasi atau keadaan sepohon pokok emas yang mempunyai mulut untuk menyedut nilai-nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia. Hal demikian amat berbeza dengan nilai makna imej yang sebenar iaitu menerangkan secara tersirat, sepohon pokok emas yang menjadi rebutan orang ramai telah melesapkan nilai-nilai murni sebagai manusia yang normal ini kerana dipengaruhi oleh perasaan yang ingin cepat kaya dan ketamakan terhadap emas yang ada pada pokok tersebut.
“Suara mengejek mengasak ke gegendang telinganya”
(Muka Surat 69: Perenggan 22 )
Konteks ayat seterusnya menggambarkan tentang situasi yang amat berbeza jika pengamatan makna kata ditafsirkan secara berbeza melalui gambaran imej pada minda seseorang dan tahap pemahamannya terhadap kata tersebut. Kemungkinan makna kata bagi ayat di atas berkisar tentang situasi atau keadaan suara yang mempunyai sifat atau perlakuan mengejek dan mengasak gengendang telinga. Manakala, makna lain bagi ayat di atas ialah tentang situasi kedengaran suara seseorang yang memerli atau mengejek seseorang dan hal ini telah menyebabkan orang yang diejek tadi merasakan sakit telinga apabila mendengar suara ejekan orang tersebut.
“Dia cuma mendengar suara laknat”
(Muka Surat 69: Perenggan 22)
Ayat ini menggambarkan tentang situasi yang berbeza kerana kemungkinan tahap pemahaman seseorang terhadap sesuatu kata mungkin bergantung pada tahap pendidikan dan lain-lain untuk memberi satu pengertian yang berkaitan kata yang digambarkan. Bagi seseorang yang kurang mendapat pendidikan, kemungkinan individu tersebut akan mengalami masalah untuk menggambarkan imej sebenar kata dalam satu erti yang bertepatan dengan konteks ayat. Dalam keadaan ini kemungkinan individu tersebut akan memberi makna ayat berkenaan dengan keadaan seseorang yang mengalami masalah kerana dia hanya dapat mendengar suara laknat atau sumpahan orang sahaja dan tidak boleh mendengar kata-kata hikmah atau nasihat. Berbeza pula dengan orang yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, mungkin memberi makna ayat di atas berkaitan dengan situasi seseorang yang berada dalam satu kumpulan atau masyarakat yang hanya dapat mendengar kata-kata sumpahan atau laknat masyarakat terhadap sesuatu perkara.
“Digagahinya untuk bangun”
(Muka Surat 69: Perenggan 22)
Konteks ayat tersebut berkaitan dengan keadaan seseorang yang mencuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya. Imej bagi ayat ini mungkin akan terdapat perbezaan pendapat antara seseorang dengan seseorang. Hal ini berlaku kerana proses pengimejkan dalam pemikiran manusia berbeza-beza mengikut tahap-tahap yang tertentu iaitu kemahiran mentafsir sesuatu kata mengikut pengalaman atau pembelajaran. Kemungkinan konteks ayat membawa makna tentang situasi seseorang yang memaksa dirinya untuk melakukan perkara yang sukar untuk dilakukannya iaitu memperlihatkan usaha seseorang yang ingin bangun. Kemungkinan juga perkataan bangun juga membawa makna yang berbeza-beza mungkin bermaksud bangun atau tersedar daripada seseuatu perkara. Manakala makna lain bagi ayat di atas mungkin bermaksud kekuatan seseorang untuk bangun semula dari tempat yang menyebabkan dia terjatuh.
“Pokok Puaka”
(Muka Surat 69: Perenggan 25)
Tambahan lagi, perkataan di atas membawa pelbagai imej untuk memberi makna kepadanya. Kemungkinan imej bagi kata pokok puaka bagi orang yang kurang mendapatkan pendedahan mengenai pendidikan, kemungkinan dia kan hanya tahu bahawa pokok puaka ini merupakan nama khas bagi pokok tersebut. Sebaliknya, bagi orang yang mempunyai pengetahuan luas dalam kehidupan pasti dia akan memberi makna kata tersebut berkaitan dengan sepohon pokok yang mempunyai penunggu atau makhluk halus yang menjaga pokok tersebut dan merupakan tempat tinggal makhluk tersebut atau sepohon pokok yang penuh misteri dan mempunyai ciri-ciri fizikal yang mengerunkan.
“Berpakaian lusuh”
(Muka Surat 69: Perenggan 29)
Selain itu, perkataan ini menerangkan satu keadaan sesuatu benda. Namun imej atau gambaran bagi perkataan ‘lusuh’ mengikut kefahaman masing-masing untuk memberikan makna bagaimana ianya lusuh dan berupa apa keadaannya. Mungkin ada pihak yang mengatakan berpakaian lusuh ini sebagai satu keadaan benda yang telah lama digunakan untuk kegunaan seharian. Manakala ada juga pendapat orang lain mengatakan ‘lusuh’ bermaksud keadaan sesuatu benda yang tidak dapat digunakan lagi dan benda tersebut mungkin dalam keadaan rapuh.
“Kita arak mereka”
(Muka Surat 70: Perenggan 33)
Ayat seterusnya, menerangkan tentang satu perbuatan atau perkara lain yang digambarkan oleh seseorang bagi makna kata yang difikirkan dalam minda. Mungkin makna bagi ayat di atas berkaitan dengan arak iaitu arak mempunyai banyak bilangannya dan arak mengaku bahawa dirinya merupakan kepunyai orang lain. Hal ini terjadi kerana sesuatu ayat yang dibaca akan mempengaruhi proses penggambaran imej dalam minda iaitu jeda bacaan pada ayat tersebut. Manakala makna lain bagi ayat ini berkaitan dengan satu situasi yang digambarkan satu kumpulan manusia yang membawa atau mengiringi seorang atau dua orang manusia.
“Campak ke laut”
(Muka Surat 70: perenggan 33)
Konteks ayat di atas menerangkan tentang keadaan yang berbeza dan mungkin ayat diatas berkaitan dengan penyakit atau dasar dan lain-lain. Mungkin ayat di atas berkaitan dengan sejenis penyakit, iaitu penyakit campak. Hal demikian menerangkan penyakit campak yang diarahkan untuk ke laut. Manakala, makna lain bagi ayat di atas ini berkaitan dengan sesuatu keadaan yang melibatkan sesuatu benda atau objek yang diperintahkan atau dijatuhkan hukuman supaya dibuang ke laut.
“Pakaian mereka separuh terdedah”
(Muka Surat 70: Perenggan 34)
Ayat selanjutnya lagi menerangkan tentang keadaan imej perkataan ‘pakaian mereka separuh terdedah’ yang cuba difokuskan pada imej kata ‘separuh terdedah’ yang menjadi persoalan kepada seseorang untuk menggambarkan makna sebenar imej kata tersebut. Hal demikian hanya dapat ditentukan oleh penggambaran imej dalam minda seseorang seperti apa dan bagaimana diertikannya. Kemungkinan makna yang difikirkan dalam minda seseorang, mungkin berbeza dengan pemikiran orang lain melalui pengambaran imej tadi. Dalam konteks ayat di atas berkaitan dengan situasi sekumpulan manusia yang hanya berpakaian seluar sahaja dan tidak memakai baju. Manakala, makna lain bagi konteks ayat di atas mungkin berkaitan dengan pemakaian sekumpulan manusia yang menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya dijaga, iaitu aurat.
“Dada terbuka”
(Muka Surat 70: Perenggan 34)
Perkataan seterusnya menerangkan atau menggambarkan tentang keadaan anggota badan yang mengalami sesuatu keadaan. Hal ini dapat diertikan dengan imej dalam minda melalui gambaran yang telah ditafsirkan kepada satu makna. Kemungkinan perkataan di atas berkaitan dengan keadaan anggota, iaitu dada yang terbelah dua dan di antara duanya mempunyai ruang yang memisahkan daripada keadaan asal. Kemungkinan besar juga erti kata lain bagi perkataan di atas berkaitan dengan satu keadaan yang lihat pada pemakaian seseorang wanita, iaitu pemakaian yang menampakkan susuk tubuh terutamanya pada bahagian payudara mereka. Hal ini dapat memperlihatkan tentang perbezaan penggambaran dalam minda seseorang dengan penggambaran pada minda orang lain tentang pemberian makna pada setiap perkataan.
“Paha terbuka”
(Muka Surat 70: Perenggan 34)
Konteks pada perkataan di atas mungkin dapat diertikan sebagai satu keadaan yang berbeza-beza mengikut imej yang tergambar pada minda individu berkaitan dengan makna perkataan tersebut. Kemungkinan besar bagi kefahaman kanak-kanak tentang perkataan di atas mungkin merujuk pada keadaan bahagian paha kaki yang luka besar, iaitu mengalami kecederaan koyak besar pada bahagian paha. Kemungkinan bagi makna sebenar ayat di atas mungkin membawa makna yang amat berbeza jika dibandingkan dengan imej yang tergambar antara imej dalam minda kanak-kanak dengan imej dalam minda orang dewasa. Bagi orang dewasa pula mungkin akan memberi makna pada perkataan di atas berkaitan dengan keadaan paha manusia yang sepatutnya dijaga, iaitu aurat. Secara umumnya makna perkataan di atas mungkin merujuk kepada keadaan kaki manusia pada bahagian paha yang sengaja didedahkan untuk menarik perhatian orang lain, iaitu berpakaian seksi pada bahagian paha melalui pemakaian skrit, seluar dan lain-lain.
“Kilat Pokok itu mengeluarkan cahaya dan memanah wanita”
(Muka Surat 70: perenggan 35)
Ayat seterusnya lagi mungkin membicarakan tenatang situasi antara wanita dan pokok atau kilat pokok. Ayat di atas mungkin mengelirukan segelintir individu untuk menggambarkan makna sebenar perkataan tersebut. Mungkin ayat tersebut merujuk kepada kilauan pokok yang berkilat itu mengeluarkan cahaya untuk memanah wanita sahaja dan bukan lelaki bagi pendapat segelintir orang yang mungkin kurang memahami makna kata disebalik imej kata yang telah dipaparkan. Mungkin makna sebenar ayat di atas lebih kepada keadaan yang memaparkan tentang kesaktian sepohon pokok yang mampu mengeluarkan kilat yang bercahaya untuk menyerang mana-mana manusia yang cuba mendekatinya untuk mendapatkan kekayaan melalui emas yang dimiliki pada Pohon Emas.
“Dipegang bahu wanita itu dan ditepuk mukanya”
(Muka Surat 70: Perenggan 37)
Konteks ayat di atas mungkin berimejkan sesuatu yang berlainan di antara pemikiran kita dengan pemikiran orang lain berkaitan dengan aspek makna pada ayat. Hal ini kerana setiap pemberiaan makna, mestilah digambarkan terlebih dahulu untuk mentafsirkan kata tadi kepada sesuatu yang bermakna dan difahami oleh semua orang. Namun begitu, inilah hakikatnya bahawa penggambaran imej dalam minda kita dengan orang lain amat berbeza. Kemungkinan ayat di atas berkaitan dengan situasi seseorang wanita yang dipegang pada bahagian bahunya lalu dari pegangan pada bahu tadi ditepuk pada bahagian mukanya. Hal ini sememangnya tidak terlalu releven dan bercanggah dengan kehidupan normal manusia. Kemungkinan ayat di atas membawa makna tentang keadaan seorang wanita yang berada dalam keadaan pengsan atau tidak sedarkan diri. Oleh sebab itu, ada seseorang individu yang cuba menyedarkan wanita tersebut dengan memegang bahu pada tangan sebelahnya dan tangan sebelahnya lagi menepuk muka wanita tersebut.
“Tersentuh sahaja pohon emas, kilatan api memanah deras”
(Muka Surat 70: Perenggan 37)
Ayat di atas menerangkan tentang imej yang membawa makna yang mendalam terhadap sesuatu perkara antara perkaitan pohon emas dengan kilatan api. Melalui pemahaman seseorang dengan orang lain mungkin berbeza. Hal ini kerana dilihat pada ayat di atas mungkin menggambarkan dua keadaan asal kilatan api daripada pohon emas atau berasal daripada benda lain. Sehubungan itu, ayat di atas mungkin merujuk kepada keadaan pohon emas yang mempunyai deria atau naluri untuk menilai sama ada orang itu sengaja atau tidak sengaja. Jika orang itu tidak sengaja menyentuhnya, maka kilatan api akan keluar dari mana-mana sudut untuk melindungi pohon emas daripada ancaman dengan cara memanah secara kuat tanpa maaf. Manakala jika seseorang itu sengaja menyentuhnya, pohon emas itu tahu dan kilatan api tidak akan keluar. Berbeza pula dengan makna yang sebenar ayat tersebut, iaitu berkaitan dengan situasi yang digambarkan bahawa pohon emas ini mempunyai kesaktian atau berpuaka, kilatan api akan keluar dengan deras menyerang mana-mana pihak yang cuba menyentuh secara segaja atau tidak sengaja.
“Mukanya berkerut”
(Muka Surat 70: Perenggan 38)
Perkataan tersebut merujuk kepada keadaan anggota manusia yang mengalami satu keadaan mungkin disebabkan oleh faktor umur ataupun faktor emosi. Hal hanya dapat diungkai oleh seseorang melalui pemerhatian dan penggambaran imej dalam minda seseorang. Mungkin perkataan di atas merujuk kepada faktor usia seseorang, iaitu mukanya mula berkerut apabila usia semakin meningkat. Berbeza pula dengan makna sebenar perkataan yang ingin disampaikan, dalam konteks perkataan tersebut berkaitan dengan faktor emosi seseorang dengan sesuatu perkara. Mungkin juga mukanya mula berkerut apabila melihat sesuatu perkara, orang atau lain-lain yang dibenci. Hal ini kerana gerak tubuh juga boleh melambangkan sesuatu perkara atau perasaan seseorang dengan seseuatu yang dibencinya, iaitu melalui gerak tubuh pada reaksi muka.
“Keningnya terangkat”
(Muka Surat 70: Perenggan 38)
Perkataan selanjutnya lagi ini membincangkan tentang makna kata yang mungkin diertikan sama pendapat dengan orang lain mahupun berbeza dari segi makna. Perbezaan ini mungkin berlaku kerana ada perbezaan penggambaran imej pada minda tentang sesuatu kata atau perkataan yang ingin diertikan kepada sesuatu yang mempunyai makna daripada antara dua pihak yang mungkin berbeza pendapat. Pada dasar pemikiran seseorang kanak-kanak, mungkin perkataan di atas diertikan sebagai satu situasi yang magik kerana kening seseorang boleh terangkat dengan tersendiri tanpa tindak balas saraf pada badan manusia untuk menggerakkannya. Berbeza pula dengan pendapat lain, perkataan di atas mungkin merujuk kepada perbuatan manusia yang cuba menggerakkan komponen pada mata iaitu kening dengan cara menggerakkannya ke atas. Hal ini kemungkinan di sebabkan oleh perasaan marah yang mempengeruhi mimik muka seseorang.
“Kedua-duanya telah tiada”
(Muka Surat 70: Perenggan 40)
Ayat di atas menunjukkan tentang satu perkara yang mungkin dapat diungkai melalui kajian penggambaran makna pada imej kata dalam pemikiran manusia. Secara umumnya manusia dapat memberikan makna pada kata selaras dengan pengetahuan tentang perkara atau sesuatu benda tersebut. Dalam konteks ayat di atas dapat diperhatikan bahawa ayat di atas mungkin membawa makna yang berbeza-beza mengikut penggambaran imej. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemahaman kanak-kanak, mungkin akan mengertikan ayat di atas berkaitan dengan suasana atau perkara yang amat menyedihkan, iaitu kematian. Tetapi melalui cerpen ini, dilihat bahawa konteks ayat di atas membawa maksud gelagat dua orang manusia yang tiba-tiba menghilangkan diri daripada pandangan mata atau meninggalkan tempat sesuatu perkara yang berlaku dengan secara senyap dan tidak diketahui oleh orang lain.
“Mereka memburu ke kaki bukit”
(Muka Surat 70: perenggan 41)
Konteks ayat seterusnya memperlihatkan tentang satu kejadian atau keadaan sekumpulan manusia yang ingin memburu. Tetapi konteks ayat di atas mungkin kabur dari segi maknanya bagi orang yang kurang memahami makna sebenar perkataan “kaki bukit”. Kemungkinan bagi orang yang kurang berpendidikan dan ketinggalan untuk menguasai penbendaharaan kata bahasa Melayu selaras dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini akan mentafsirkan perkataan “kaki bukit” atau makna keseluruhan ayat di atas sebagai satu keadaan sekumpulan manusia yang cuba memburu kaki bukit, iaitu mencari sesuatu di kawasan bukit untuk memburu kaki bukit. Hal ini berbeza dengan makna sebenar ayat tersebut, iaitu menggambarkan situasi sekumpulan manusia yang cuba mencari sesuatu atau memburu di kawasan kaki bukit atau dikenali sebagai bahagian sekeliling tapak bukit tersebut.
“Benarlah mereka itu ahli sihir”
(Muka Surat 70: Perenggan 42)
Ayat ini menggambarkan imej yang mempunyai banyak makna jika imej yang difikirkan oleh seseorang dengan seseorang yang lain. Kemungkinan ayat di atas berkaitan dengan keadaan yang memberi penjelasan bahawa ada sekumpulan atau dua orang yang menanggotai kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan sihir. Hal ini amat berbeza dan bercanggah dengan makna sebenar ayat di atas kerana makna sebenar ayat di atas berkaitan dengan keadaan atau suasana seseorang individu yang sedang membuat penjelasan tentang dua orang atau sekumpulan manusia yang mengamalkan ilmu hitam atau ilmu yang telah diajarkan oleh syaitan dalam kehidupan.
“Kita perlu jumpa Dukun Alam”
(Muka Surat 70: Perenggan 43)
Konteks ayat selanjutnya lagi ini membincangkan tentang satu keadaan yang membawa satu atau dua makna yang berbeza, jika dilihat pada cara seseorang mengimejkan sesuatu gambaran dalam otak untuk membuat pengertian atau makna pada kata tersebut. Mungkin makna ayat di atas dapat digambarkan sebagai satu keadaan sekumpulan atau dua orang manusia yang bersungguh-sungguh untuk menyampaikan hasrat hati kepada seorang dukun yang mempunyai kepandaian dalam ilmu kehidupan atau dalam erti kata lain dikenali sebagai ilmu alam. Jika dilihat pada sudut makna yang lain bagi ayat di atas, kemungkinan ayat di atas membawa makna kepada penggambaran sesuatu keadaan sekumpulan manusia yang ingin berusaha mencapai sesuatu hajat dengan meminta pertolongan daripada Dukun yang bernama Alam.
“Hanya dia yang boleh tawarkan bisa pohon Emas ini”
(Muka Surat 70: Perenggan 43)
Ayat selanjutnya ini kemungkinan besar memberi gambaran yang amat mengelirukan jika tidak memahami dengan teliti maksud kata yang telah diungkap di atas. Makna ayat di atas mungkin berkaitan dengan seseorang individu yang hanya dapat menawarkan peluang mendapatkan bisa pohon emas tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mampu mendapat tawaran atau peluang untuk memiliki bisa pohon emas. Manakala, makna lain bagi ayat di atas mungkin bermaksud situasi atau keadaan seseorang yang mempunyai kebolehan untuk memulihkan atau memusnahkan keajaiban pohon emas supaya penduduk dapat memiliki bahagian-bahagian pokoknya yang tumbuh daripada emas.
“Pandangan yang serius”
(Muka Surat 71: Perenggan 56)
Konteks ayat di atas menerangkan tentang imej yang mempunyai makna tersendiri berdasarkan tafsiran dalam minda seseorang. Kemungkinan ayat di atas berkaitan dengan keadaan seseorang yang mempunyai pendapat bernas mengenai sesuatu perkara secara teliti dan terperinci. Makna ayat tersebut amat berbeza jika dibandingkan dengan makna sebenar di dalam cerpen ini, iaitu berkaitan dengan keadaan seseorang yang memandang seseorang secara terus menerus tanpa ada perasaan untuk mempermainkan.
“Jari-jarinya membilang tasbih berwarna ungu”
(Muka Surat 71: Perenggan 58)
Ayat seterusnya berkaitan dengan tingkah laku sesuatu perkara yang dilakukan sama ada oleh seseorang atau anggota tersebut secara automatiknya. Jika dipandang dari sudut pemikiran orang yang kurang matang dalam perkara tafsir menafsirkan makna kata mungkin akan mengalami kesalahan memberi gambaran atau makna sebenar tentang perkataan yang ingin ditafsirkan tadi. Hal ini dapat dilihat pada sudut pandangan orang yang kurang matang tadi pada ayat di atas kemungkinan dia akan mentafsirkan atau menggambarkan imej makna bagi ayat tersebut sebagai satu keadaan jari-jari seseorang yang mempunyai mulut untuk mengira, bercakap, membilang butiran tasbih yang berwarna ungu tadi. Berbeza pula dengan pendapat atau gambaran imej makna pada sudut pandangan orang yang matang, kemungkinan ayat di atas merujuk kepada perbuatan seseorang yang sedang membilang tasbih menggunakan mulutnya dan mengerakkan tasbih dengan jari-jemarinya. Pada dasarnya, ayat di atas merujuk kepada perbuatan seseorang membilang pada mulut dan jari-jari tangan yang memegang tasbih tadi digunakan untuk kiraan bilangan mengikut butiran biji tasbih selaras dengan bacaan kiraan.
“Mulutnya yang terkumat-kamit itu mencetus lagu doa”
(Muka Surat 71: Perenggan 58)
Konteks ayat selanjutnya menggambarkan tentang keadaan yang amat banyak persoalannya tentang tercetus kata disebalik perkataan lagu doa. Mungkin keadaan di atas berkaitan dengan percakapan seseorang yang diucapkan secara berterusan akan melahirkan satu lagu yang boleh menjadi doa kepada seseorang. Makna tersebut berbeza dengan makna sebenar ayat tersebut dalam cerpen ini, iaitu berkaitan dengan keadaan seseorang yang sedang membaca sesuatu bacaan secara berterusan dan hal ini menggambarkan tentang kewujudan bacaan mentera untuk sesuatu perkara yang diigini.
“Akhirnya Dukun Alam bangun”
(Muka Surat 72: perenggan 70)
Ayat di atas menggambarkan maksud yang berlainan mengikut kefahaman di antara gambaran imej dalam minda dan makna pemahaman imej dalam pemikiran. Secara kasarnya, ayat di atas merupakan ayat yang mudah untuk difahami tetapi mempunyai maksud yang berbeza mengikut situasi atau keadaan penceritaan di dalam cerpen. Hal ini mungkin akan memberi kesan kepada golongan yang tidak apa itu yang dimaksudkan ayat tersebut mengikut jalan cerita dalam cerpen. Kemungkinan ayat “Akhirnya Dukun Alam bangun” mengikut penggambaran imej makna daripada individu yang mengalami masalah untuk memahami jalan cerita cerpen ini, iaitu berkaitan dengan seorang dukun yang sedang tidur, tiba-tiba bangun dari tidurnya. Berbeza pula dengan makna sebenar konteks ayat di atas, iaitu berkaitan dengan keadaan seorang pengubat atau dukun yang sedang duduk atau bertapa, tiba-tiba berdiri dari tempat duduk atau bertapa tadi.
“Kedua-dua tanganya menadah ke langit”
(Muka Surat 72: Perenggan 70)
Konteks ayat di atas menggambarkan situasi yang berbeza-beza sama ada seseorang itu sedang meminta pertolongan atau menyambut sesuatu yang menitis daripada langit. Hal ini berlaku kerana proses penggambaran dalam otak manusia adalah berbeza atau lain-lain kefahaman mengenai imej pada kata yang membawa seseuatu yang bermakna. Kemungkinan besar ayat di atas lebih merujuk kepada sesuatu keadaan seseorang yang sedang menadahkan kedua-dua tangannya untuk menyambut air hujan yang sedang menitis ke bumi. Berbeza pula dengan maksud sebenar ayat di atas dalam cerpen ini, iaitu berkaitan dengan keadaan atau situasi seseorang menadahkan kedua-dua tangannya ke langit untuk memohon doa supaya mendapat seseuatu hajat yang diingini.
“Dia tersenyum tetapi pandangan matanya liar”
(Muka Surat 72: Perenggan 72)
Ayat selanjutnya ini memaparkan tentang satu keadaan yang memberikan gambaran imej kata kepada makna yang tertentu. Kemungkinan maksud di sebalik ayat di atas mungkin bermaksud seseorang yang mempunyai idea yang lahir daripada matanya yang meliar untuk menggambarkan seseuatu yang baru. Namun demikian maksud ayat tersebut boleh juga mambawa erti tentang keadaan seseorang yang tersenyum dan sambil itu dia memandang dengan penuh perhatian terhadap sesuatu yang berlaku di sekeliling, iaitu fokus akan sesuatu perkara dengan sepenuh jiwa dan hati.
“Menahan arus Pohon Emas yang ditakik tidak lut”
(Muka Surat 72: Perenggan 74)
Konteks ayat di atas menerangkan tentang keadaan sesebuah pohon yang mempunyai kekuatan ataupun mempunyai sifat-sifat seperti air. Setiap kata dalam ayat di atas mungkin akan mendapat makna yang tertentu mengikut orang yang melahirkan imej dalam minda untuk memberi makna kepada perkataan yang difahaminya tersebut. Hal demikian setiap kata dalam ayat akan membawa atau merujuk perkara yang tertentu mengikut tafsiran seseorang mengenai perkataan tersebut. Mungkin ayat di atas bermaksud sepohon pokok ajaib dan pelik yang mempunyai arus seperti air yang tidak pernah putus jika dicincang. Sebaliknya makna sebenar bagi ayat tersebut ialah berkaitan dengan keadaan sepohon pokok emas yang mempunyai ketahanan atau kekebalan menahan tetakkan pada batangnya.
“Beribu parang melandanya”
(Muka Surat 72: Perenggan 74)
Ayat seterusnya merujuk kepada keadaan yang menceritakan atau menggambarkan tentang sesuatu benda atau objek yang banyak menyerang seseorang atau objek lain. Hal demikian akan berlaku perbezaan di antara makna antara seseorang dengan seseorang, mengikut pengaplikasian kemahiran pemahaman terhadap seseuatu perkara atau imej yang ingin diterjemah kepada sesuatu yang bermakna. Mungkin ayat dia atas merujuk kepada situasi parang yang mempunyai jasad atau badan untuk menyerang seseorang dalam jumlah yang banyak. Kemungkinan ayat di atas merujuk kepada sesuatu objek, iaitu pohon emas dalam cerpen ini yang diserang oleh parang penduduk kamupung dalam jumlah yang banyak.
“Membeli rumah batu yang terbesar di dunia”
(Muka Surat 72: Perenggan 74)
Konteks ayat selanjutnya lagi menerangkan tentang gambaran sesuatu objek atau yang besar ataupun hanya sekadar bayangan perumpamaan sesuatu perkara. Ayat di atas mungkin merujuk kepada keadaan yang memberi imej makna berkaitan dengan kegiatan atau perbuatan seseorang yang ingin membeli sebuah rumah terbesar di dunia yang diperbuat daripada batu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu menyaingi kebesaran rumahnya tadi. Manakala, makna sebenar ayat dia atas berkaiatan dengan kegiatan atau perbuatan yang ingin dilakukan dan berharap akan menjadi kenyataan, iaitu seseorang yang memiliki sebuah rumah serba mewah yang diperbuat daripada batu.
“Darah mengalir dari tubuh Lelaki Kurus”
(Muka Surat 72: Perenggan 80)
Ayat seterusnya menggambarkan tentang imej yang mungkin mempunyai dua makna sama ada darah mengalir dari dalam atau darah mengalir keluar. Persoalan yang mungkin terlintas di fikiran seseorang apabila membaca atau ingin mentafsirkan makna sebenar ayat tersebut melalui kaedah penggambaran makna dalam minda pemikiran. Setiap orang mempunyai kefahamannya yang tersendiri mengenai sesuatu perkara mahu pun makna sebenar sesuatu perkara, namun dalam kefahaman melalui bahasa, mungkin terdapat perbezaan pandangan dari sudut gambaran makna yang telah diproses melalui kefahaman di dalam minda. Kemungkinan ayat di atas merujuk kepada keadaan seseorang lelaki berbadan kurus yang mempunyai aliran darah di dalam badan. Hal demikian amat bercanggah dengan makna sebenar ayat tersebut, ini kerana ayat tersebut merujuk kepada situasi seorang lelaki kurus yang mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian anggota badan sehingga darah mengalir keluar dari tubuh hasil daripada kecederaan yang telah dialami tersebut.
“Pohon Emas yang diharapkan dapat mengubah penderitaan mereka”
(Muka Surat 72: Perenggan 80)
Konteks ayat ini menggambarkan tentang kekuasaan sesebuah hidupan atau hanya sekadar harapan seseorang pada sesuatu perkara yang mampu mengubah sesuatu perkara kepada sesuatu perkara yang diigini. Kemungkinan konteks ayat di atas menggambarkan sepohon pokok emas yang mampu mengubah nasib malang masyarakat kampung dari derita kepada kebahagian. Manakala, makna sebenar ayat tersebut lebih merujuk kepada harapan masyarakat yang menggunung mengharapkan perubahan yang bakal diperolehi selepas kewujudan pokok emas, iaitu kekayaan hasil daripada emas yang ada pada pokok emas tadi.
“Pohon Emas berdiri tegak”
(Muka Surat 72: Perenggan 81)
Ayat yang terakhir menggambarkan keadaan sesebuah kehidupan, sama ada hidup atau mempunyai sifat-sifat seperti makhluk. Kemungkinan ayat di atas boleh diertikan sebagai satu keadaan sepohon pokok yang mempunyai sifat-sifat seperti manusia yang berkebolehan untuk berdiri tegak, ini menggambarkan pokok tersebut mempunyai urat saraf yang mampu merangsang badan atau batang pohon untuk terus berdiri tegak. Namun maksud sebenar ayat di atas berkaitan dengan keadaan sepohon pokok emas yang tahan atau masih lagi hidup dengan subur walaupun ramai manusia yang mengingininya untuk memperolehi kekayaan hasil daripada sumber emas yang ada padanya.
No comments:
Post a Comment