Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday, 21 September 2011

Google

Google: cerpen

'via Blog this'

Warna-warna liku kehidupan bertemu

Tragedi 13 Mei 1969 merupakan jalur “hitam” dalam lembaran sejarah negara. Mujurlah Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman bijak mengawal suasana yang semakin “memuncak”. Namun begitu, bagi Mohan anak muda yang masih bersekolah dan menetap di Segamat, keadaan yang berlaku masih kurang dimengertinya.

Dolah pula, yang menetap di Batu Pahat menahan “nafsu” yang sedang bergolak akibat bapanya yang juga seorang Imam ditentang oleh penduduk kampung. Hal ini demikian kerana Imam Mahat telah menyembunyikan Doktor Lim, isteri dan anaknya atas alasan berlainan agama.

Di Puchong, Kuala Lumpur, lagu Auld Lang Syne mengiringi abang sepupu Ah Siang yang mati dibunuh. Tetapi Ah Siang masih tidak mengerti akan apa-apa yang berlaku. Ah Siang hanya terus-terusan menangis bersama-sama kakak, ibu dan abangnya yang turut bersama-sama “menemani” abang sepupunya hingga ke jirat.

Lepas tempoh 39 tahun tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan orang terutama di Kuala Lumpur, keadaan pada 2007 memberikan gambaran yang lebih berbeza daripada kejadian tersebut. Di kawasan perumahan Taman Seri Rinting, penghuninya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, India dan Cina hidup dalam suasana yang tenang tetapi kurang berkomunikasi.

Mohan dan Dolah yang “hidup” pada tarikh keramat itu tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenangan kawasan perumahan tersebut mula diganggu dengan kehadiran “mayat-mayat hidup” yang meresahkan kejiranan kawasan tersebut. Pelbagai cara sudah dilakukan termasuk membuat laporan polis, namun kejadian pecah rumah dan keselamatan penduduk masih terancam.

Suresh, salah seorang penagih tegar di kawasan tersebut acap kali dilihat berkeliaran di kawasan perumahan Taman Seri Ranting. Hidupnya hanya mempunyai satu matlamat, iaitu setiap hari tidak boleh tidak melampiaskan “hajatnya” dengan ganja. Apa-apa sahaja elemen yang boleh mendatangkan “hasil” dikutip dan dijual termasuklah emas.

Kegelisahan Mohan, Dolah dan penduduk di situ kian meruncing, apabila pelbagai malapetaka membadai kawasan tersebut. Langkah yang diambil, mengumpul penduduk kampung dan mewujudkan rukun tetangga. Kali ini, kawasan Taman Seri Rinting kembali tenteram ekoran penduduk kampung silih berganti untuk berjaga malam demi keselamatan kawasannya.

Kehadiran Marlini, anak perempuan Mohan sentiasa menjadi perhatian muda-mudi di kawasan kejiranan tersebut. Rambutnya dibaluti selendang putih, wajah dan potongan badannya yang mirip personaliti itu menjadi bualan hangat. Keakraban Marlini dengan Siti Nurbahyah menyebabkan anak muda ini tidak kekok untuk berbahasa Melayu dengan baik. Tanpa disedari, gerak lenggok Marlini diperhatikan oleh seseorang jejaka.

Ashraf, anak sulung daripada tiga adik beradik hasil perkongsian hidup antara Dato’ Syed Kamaludin mula jatuh cinta dengan gadis berketurunan Hindu ini. Hubungan Ashraf dan Marlini yang dahulunya berjaya disembunyikan daripada umum mula menjadi tatapan penduduk kawasan tersebut. Mohan yang juga wakil ketua agama di kawasan kejiranan tersebut rasa tergugat dengan sikap Marlini yang memilih pemuda yang bukan daripada keturunan dan agamanya.

(bahan yang telah diubahsuai sesuai untuk semua mengikut kriteria penilaian kerja kursus bahasa melayu kontekstual semester2)

No comments:

Post a Comment