Menurut Leonard Bloomfield (1933) dalam buku Siti hajar (2009), menggunakan teori behavioris ini dalam menghuraikan makna. Mengikut teori ini, analisis makna hendaklah berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya dianggap sebagai andaian sahaja. Dengan erti kata lain, seseorang individu itu dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul dan tepat hasil daripada pembelajarannya, sama ada secara langsung atau tidak. Antara ciri-ciri umum behaviorisme ialah behaviorisme menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak tanpa data yang dapat disahkan, behaviorisme mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan binatang mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi, dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respons). Sebagai contoh, makna berada dalam keadaan penutur menimbulkan rangsangan, manakala pendengar memberikan respons untuk menaggapinya.
Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas hasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlaku antara mereka. Rangsangan berkenaan berlaku, sama ada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran. Perkaitan makna dalam konteks ini ditentukan oleh bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan. Misalnya, seseorang dapat membezakan antara haiwan seladang dengan kerbau hasil belajar sendiri bahawa kedua-dua binatang itu mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza. Seseorang individu akan akan suka jika dikatakan ‘Kamu bijak macam kancil’ kerana dia mampu mengaitkan makna kata ‘bijak’ itu dengan ciri kebijaksanaan binatang ‘kancil’ yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran ‘Kamu bijak macam kancil’ kerana makna ‘bijak’ itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.
Selain itu, menurut Osgood (1980) dalam buku Siti Hajar (2009), kajian semantik behaviorisme lebih menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar bagi memahami ujaran tersebut. Dengan erti kata lain, antara penutur dengan pendengar perlu ada saling kefahaman dan perkongsian makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan. Hal ini membabitkan aktiviti penghasilan, penyesuaian dan penerimaan terhadap ujaran. Misalnya, kita secara umumnya menerima dan memahami bahawa penggunaan kata ‘aku’, ‘saya’, ‘kami’ dan ‘kita’ yang kesemuanya membawa makna kata ganti diri orang pertama. Namun demikian, untuk menentukan kata ganti diri yang mana paling sesuai digunakan pada masa itu, penutur perlu membuat penyesuaian dengan berdasarkan konteks waktu itu. Melalui penyesuaian tersebut, barulah kata tersebut bermakna dan selanjutnya dapat diterima oleh pendengar.
Menurut ahli-ahli psikologi behavioral dalam laman sesawang (2011/ http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran), pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.
tak nampak la kawan
ReplyDelete