Secara umumnya, individu akan bertutur atau bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu. Jika seseorang itu mengetahui tujuan ia bertutur, seseorang itu akan dapat menyusun ujaran dengan baik dan dapat memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks pertuturan tersebut. Demikian juga jika guru tahu tujuan aktiviti bertutur pada hari itu dijalankan, guru akan dapat menentukan jenis bahan yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif pengajaran bertutur pada hari itu dan aktiviti tersebut dapat dijalankan secara lebih terancang. Tujuan bertutur ada lima kategori iaitu, bertutur untuk tujuan memaklumkan, bertutur untuk tujuan mempengaruhi, bertutur untuk tujuan keseronokan, bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah dan bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea.
No comments:
Post a Comment