Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010: 1659), teori ialah pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. Menurut Lyons (1993: 483), semantik mellibatkan interprestasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi (penafian) dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat. Kajian semantik pada aras kata misalnya, dapat dibahagikan kepada makna denotasi, konotasi, ekstensi, intensi, kiasan, kognitif, referensial, sempit, luas, konstruksi dan kontekstual. Walau bagaimanapun, deretan makna tersebut dapat dikelompokkan kepada dua sahaja, iaitu makna leksikal dan makna gramatikal atau struktural. Makna leksikal dapat dihubungkan dengan makna rujukan dengan berdasarkan makna kamus. Sementara makna gramatikal mempunyai keahlian yang kecil, tetap, tertutup dan dapat dikaitkan dengan perbezaan antara subjek dengan objek; pertentangan ketentuan, kala, bilangan; perbezaan antara kenyataan, pertanyaan dan permintaan.
Selanjutnya, menurut Brown dan Yule (1983: 240), menerangkan semantik dianalisis melalui sintaksis yang membabitkan wacana atau teks secara keseluruhannya. Analisis ini mempertimbangkan sintaksis dan semantik yang berfungsi untuk menerangkan ciri-ciri linguistik sesuatu wacana. Setiap nilai maksud atau makna yang dianalisis mestilah tepat dan sesuai dengan fakta pada ketika pengkaji itu menjalankan kajian dan dapat digeneralisasikan. Misalnya, mendung bermakna hari hujan dan sokongannya sangat bermakna bagi kami. Setiap ujaran tersebut membawa makna yang berbeza berdasarkan penggunaannya. Dengan erti kata lain, dari segi semantik, setiap ujaran itu mempunyai nilai makna yang berbeza. Contohnya, ujaran (mendung bermakna hari hujan) yang mengaitkan ‘mendung’ dengan ‘hujan’ kelihatannya tidak melibatkan aspek linguistik. Namun demikian, jika dipandang dari segi semantik, ‘mendung’ merupakan satu tanda yang ada yang kaitannya dengan tanda yang lain, iaitu ‘hujan’. Dalam hal ini menerangkan tentang tarikan pemerhatian ahli bahasa untuk mengkaji makna dalam bidang semantik.
Tambahan lagi, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik, iaitu berlandaskan situasi ayat-ayat dalam bahasa. Misalnya, semua pengguna jalan raya mempunyai tanggapan makna yang sama tentang warna lampu isyarat jalan raya, iaitu ‘merah’ bermaksud berhenti, ‘hijau’ bermaksud jalan dan ‘kuning’ bermaksud bersedia untuk berhenti. Dalam situasi pertuturan pula, penutur menggunakan bahasa yang bermakna apabila mereka menuturkan sesuatu bunyi bahasa atau ujaran. Sebahagian besar nya berkaitan dengan makna rujukan. Apabila seseorang individu itu menuturkan tentang sesuatu, dia sebenarnya merujuk kepada benda, orang, konsep atau membuat komen. Dia menggunakan sumber sintektikal dan fonologikal bahasa dari segi semantik untuk menggambarkan atau membayangkan makna. Seterusnya, makna pertuturan dapat diperoleh dengan berdasarkan konteks pertuturan itu berlaku.
Lantaran itu, teori rujukan merupakan salah satu teori makna. Kata digunakan sebagai cara untuk merujuk kepada dunia luar. Namun demikian, ada kata yang bukan merupakan rujukan seperti ‘mungkin’, ‘jika’, ‘bukan’, dan ‘oleh itu’. Justeru, kata nama merupakan contoh terbaik bagi memperkatakan rujukan seperti ‘Musa’, ‘jururawat’ dan ‘menteri’ kesemuanya merujuk kepada individu tertentu. Namun begitu, kelemahan teori ini ialah teori ini tidak merujuk kepada sesuatu yang abstrak mahupun yang ghaib. Oleh itu, terhasilah satu lagi teori yang dikenali teori representasi mental. Teori ini merujuk kepada imej dalam otak dan wujud padanan dengannya di dunia nyata. Misalnya, bunga mawar sebagai imej yang terdapat dalam minda seseorang dan dihubungkan dengan bunga mawar di dunia nyata. Selain teori tersebut terdapat beberapa teori lain yang telah diketengahkan dalam kajian semantik. Teori tersebut diperkenalkan sejak timbulnya perdebatan tentang persoalan makna dalam kajian linguistik. Sehingga kini, tiada satu teori semantik yang dapat dianggap lebih baik daripada teori yang lain memandangkan setiap teori mempunyai analisis yang tersendiri dalam mengkaji makna.
Selain itu, melalui laman sesawang Rujuk Nota (2009/http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html), bidang semantik merupakan kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna, kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya. Pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa. Pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada semantik huraian. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi. Semantik dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa. Banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa. Antara yang utama ialah teori behaviorisme, teori analisis komponen, dan teori logik simbolik.
Seterusnya, melalui laman sesawang Teori Semantik (2009/http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.html), teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Teori merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Melalui laman sesawang ini Kempson (1991: 2), telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori – teori tersebut termasuklah seperti teori imegan, teori behaviosme, teori analisis komponen dan teori lagik simbolik. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu – satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu teori tersebut mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. Selain itu, teori itu mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama ada perkataan atau ayat. Akhir sekali, teori berkenaan mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, pertentangan, dan sebagainya. Mana-man teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, sama ada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai sama ada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu.
Melalui laman sesawang Teori Semantik (2009/ http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html). Bidang semantik merupakan bidang kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna, kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Selain itu, pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa. Seterusnya pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada semantik huraian. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi. Semantik dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa. Akhir sekali, banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa. Antara yang utama ialah teori imejan, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik.
No comments:
Post a Comment