Faktor fisiologi ada beberapa cabang faktor yang berhubung kait dengannya. Antara cabang-cabang faktor bagi faktor fasiologi ialah jantina. Pada peringkat awal kanak-kanak, faktor jantina berperanan dalam mempengaruhi kesan keberhasilan pertuturan kanak-kanak untuk mengungkapkan kata-kata atau bunyi bahasa. Hal demikian, dapat dibuktikan bahawa kanak-kanak perempuan dapat bertutur lebih awal jika diberbanding dengan kanak-kanak lelaki. Hal ini terjadi kerana hasil daripada tindak balas urat saraf pertuturan dalam badan seseorang juga pasti akan dapat mempengaruhi keupayaan dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika dibandingkan antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dari segi pembesarannya, iaitu kanak-kanak perempuan pasti akan dahulu mengalami perubahan, iaitu perkembangan dari segi jasmani dalam badan yang pasti mempengaruhi tahap kecekapan dalam penuturan bahasa jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Justeru, kanak-kanak perempuan lebih lancar bertutur berbeza dengan kanak-kanak lelaki pada peringkat umur yang sama. Di samping itu, pada tahap awal persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menampakkan kesan yang jelas atau ketara dalam penguasaan kemahiran bertutur bagi setiap individu. Konteks ini menerangkan bahawa penguasaan kemahiran bertutur melalui aktiviti lisan di dalam bilik darjah dilaksanakan oleh pendidik atau guru secara menyeluruh kepada semua murid, sama ada lelaki atau perempuan.
Selain itu, faktor penyakit. Terdapat beberapa jenis penyakit biologikal atau penyakit semulajadi dalam diri seseorang yang memberikan impak kepada keupayaan bertutur bagi seseorang individu. Misalnya, kecacatan pada pita suara yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengeluarkan bunyi bersuara dan impaknya mereka tidak boleh bertutur untuk mengujarkan bahasa dalam berkomunikasi secara dua hala secara spontan kerana mereka harus menguasai bahasa isyarat di sekolah pendidikan khas dalam mempelajari pengguasaan untuk berkomunikasi semasa proses interaksi antara dua pihak sedang dijalankan. Hal ini termasuklah serangan penyakit pada tenggorok, iaitu pada bahagian leher manusia dan paru-paru yang memberikan impak kepada pertuturan kerana alat-alat merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam pengeluaran bunyi bahasa. Kecacatan otak pula memberikan impak kepada kegagalan alat pertuturan berfungsi dengan baik atau proses fonologi terganggu sehingga menyebabkan kesukaran dalam penginterprestasian mesej atau maklumat yang ingin disampaikan dan seterusnya penghasilan ujaran yang bercelaru dan mungkin tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar bunyi bahasa tersebut dari segi makna percakapan mahupun keseluruhan ujaran yang diungkapkan.
Akhir sekali, faktor kecerdasan. Kecerdasan berkaitan dengan otak yang cerdas dan dapat berfungsi dengan sempurna sebagai medium dalam memproduksi atau menghasilkan bahasa. Hal demikian, seseorang individu yang cerdas dapat bertutur dengan mudah dan lancar serta dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pertuturan yang merangsang kecerdasan seseorang individu seperti berpidato, bersyarah, berdebat, pemberi idea dan lain-lain. Di lihat pada kanak-kanak yang tidak mampu bertutur dengan baik dan lancar sering dikaitkan sebagai kanak-kanak yang tidak cerdas atau lembab dari segi perkembangan dalam aspek pertuturan dan gaya hidup kanak-kanak tersebut yang pasif. strategi yang dapat membantu kanak-kanak ini menguasai keupayaan berbahasa untuk berkomunikasi sama seperti kanak-kanak yang seumur mereka, pihak sekolah dan secara keseluruhannya semua pihak haruslah gigih bagi memberi rangsangan yang mampu menarik minat seseorang kanak-kanak itu untuk bertutur dengan cara yang baik dengan didikan dari pihak yang bertanggungjawab.
Secara tuntasnya, faktor fisiologi mampu mempengaruhi cara seseorang untuk menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Kemajuan dalam penguasaan pertuturan bergantung pada jantina, tahap kesihatan atau tidak menghidap sebarang penyakit yang dapat menyulitkan atau melumpuhkan keupayaan untuk bertutur dan kecerdasan otak yang sihat juga merupakan penyumbang kepada proses penerimaan pembelajaran pertuturan sama ada sihat atau lembab.
No comments:
Post a Comment